berita

‘Panasnya Muka Ya Allah’ – Pekerja Penghantar Barang Cedera Diserang Anjing Tuan Rumah

February 8th, 2021 | by Shafika
Kini Trending

Viral di media sosial seorang pekerja penghantar barang mengalami luka teruk dipercayai diserang anjing peliharaan pelanggan. Perkongsian tersebut menimbulkan kemarahan orang ramai yang berang dengan pemilik anjing tersebut yang tidak peka dengan perkara ini. Kesian betul tengok muka lelaki ini..

Rabak teruk

Video ini dikongsikan oleh rakan kepada mangsa serangan anjing ini di laman aplikasi TikTok. Rata-rata melahirkan rasa simpati dan mendoakan kesembuhan buat lelaki ini. Video berdurasi kurang dari seminit itu memaparkan keadaan penghantar makanan ini dipenuhi luka dan berdarah. Malah kedengaran suaranya merintih memberitahu mukanya panas akibat luka tersebut. Aduh memang kesian betul lah tengok.

Tolonglah peka tuan rumah

@asri_izhamTolong Lah Alert Wahai Tuan Rumah Yang Bela Anjing Tu Kesian Lah Dekat Geng Geng Courier Yang Menghantar Barang Dekat Korang Tu?GWS My Brother????? original sound – Fatil (Kento)

Rakan  kepada mangsa turut menasihati agar tuan rumah peka dan mengawasi anjing peliharaan mereka agar perkara seperti ini tidak berlaku lagi. Mangsa dibawa ke klinik untuk rawatan lanjut. Di ruangan komen, masing-masing meluahkan rasa geram dan menggesa agar mangsa saman tuan anjing kerana kejadiaan ini boleh menyebabkan kematian.

Netizen geram

Sumber : Asri Izham

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×