
Isu pemakaian minyak wangi yang mengandungi alkohol ketika solat sering menimbulkan kekeliruan dalam kalangan umat Islam.
Artikel Berkaitan: Kasut Tumit Tinggi Bukan Sekadar Gaya, Ini Kesannya Pada Lutut & Kaki
Artikel Berkaitan: Kelebihan Habbatus Sauda Untuk Kesihatan Jantung & Pesakit Diabetes
Alkohol sebagai pelarut

Arak yang mengandungi alkohol jelas dikategorikan sebagai najis, namun alkohol dalam produk seperti ubat-ubatan, bahan penjagaan diri, atau keperluan perubatan dibenarkan dalam keadaan tertentu.
Situasi ini sering menimbulkan persoalan mengenai status kesucian pakaian serta keabsahan solat sekiranya seseorang menggunakan minyak wangi beralkohol.
Terdapat dua pandangan ulama mengenai isu ini. Pendapat pertama membenarkan penggunaan minyak wangi beralkohol kerana kandungannya sangat sedikit dan bertindak sebagai pelarut atau pewangi, bukan untuk diminum sehingga memabukkan.
Dalam pandangan ini, kandungan alkohol dalam minyak wangi dianggap tidak membatalkan solat (ma‘fu ‘anhu) kerana sifatnya berbeza dengan arak.
Pendapat kedua pula menegaskan bahawa minyak wangi beralkohol sebaiknya dielakkan kerana ia masih dikaitkan dengan sumber najis.
Ulama yang berpegang kepada pandangan ini menekankan terdapat banyak alternatif tanpa alkohol, justeru langkah berhati-hati (ihtiyat) lebih baik untuk menjaga kesucian ibadah.
Setiap individu bebas memilih pendapat yang diyakini dan menenangkan hati, kerana kedua-dua pandangan ini disokong oleh hujah fiqh yang sah.
Dari segi bahan, pada zaman dahulu minyak wangi lazimnya menggunakan etanol yang memabukkan dan termasuk najis. Industri moden pula menggunakan etanol dan metanol, dengan etanol dari sumber nabati dianggap lebih selamat dari sudut hukum.
Sumber: Buzz Kini







![[VIDEO] Madammu Sebak Anak Menangis Minta Maaf Terlalu Inginkan Adik – ‘Katanya Dia Mahu Baby, Tapi Saya Yang Sakit Lalui Proses Itu’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/madammu1.jpg)
