
Bulu hidung sering dianggap remeh dan jarang menjadi topik perbualan, namun ia sebenarnya memainkan peranan penting dalam kebersihan tubuh manusia.
Artikel Berkaitan: Iqbal Zulkefli Jalani Proses Tanam Rambut & Pembedahan Hidung Di Shanghai
Artikel Berkaitan: Kesalahan Harian Yang Merosakkan Rambut, Ini Cara Penjagaan Betul
Kawal kelembapan udara

Bulu hidung bukan sahaja berperanan sebagai penapis semula jadi bagi habuk, debu, dan zarah asing, malah ia turut membantu mengawal kelembapan udara yang masuk ke paru-paru.
Walaupun ramai melihatnya sebagai sesuatu yang mengganggu penampilan, hakikatnya ia adalah pertahanan semula jadi tubuh yang sering dipandang ringan.
Bulu hidung juga wujud bagi mengekalkan kelembapan udara yang masuk dan keluar semasa pernafasan.
Tanpa perlindungan ini, udara yang terlalu kering boleh menyebabkan penghasilan hingus dan kahak meningkat, malah meningkatkan risiko iritasi pada saluran hidung sehingga mudah berdarah.
Bulu hidung yang tidak dipotong atau dijaga dengan rapi boleh kelihatan tidak kemas dan mengganggu penampilan diri. Menyikat atau mencukurnya secara berkala boleh membantu mengekalkan kebersihan tanpa menjejaskan fungsinya.
Namun, walaupun penting untuk penampilan, bulu hidung masih perlu ditinggalkan sedikit bagi memastikan ia terus menjalankan peranannya.
Jika semua bulu dicukur, risiko komplikasi seperti kesakitan pada rongga hidung, kerosakan membran mukus, rambut tumbuh ke dalam, atau bendasing masuk ke salur pernafasan akan meningkat.
Oleh itu, mencukur secara sederhana dan berhati-hati adalah pilihan yang lebih selamat.
Cara membuang bulu hidung

Ramai yang gemar mencabut bulu hidung kerana ia nampak mudah dan cepat, namun sebenarnya kaedah ini berisiko dan tidak selamat dan berisiko terkena jangkitan kerana folikel rambut di dalam hidung mudah terdedah kepada bakteria.
Cara yang mudah adalah dengan memangkas bulu hidung yang terkeluar dari dalam rongga hidung. Gunakan gunting kecil, sama seperti yang biasa dipakai untuk merapikan rambut di wajah.
Pastikan gunting mempunyai hujung tumpul supaya kulit di dalam hidung tidak cedera dan mengelakkan sebarang kecederaan.
Sekiranya tidak selesa dengan gunting atau sikat, boleh juga menggunakan alat elektronik khas untuk memangkas bulu hidung.
Alat ini direka supaya selamat digunakan di dalam rongga hidung, mudah digunakan, dan mengurangkan risiko kecederaan berbanding gunting biasa.
Selain itu, bulu hidung juga boleh dibuang melalui kaedah waxing, namun ia tidak digalakkan. Hal ini kerana ianya berisiko menyebabkan rambut tumbuh ke dalam dan boleh mencederakan kulit halus di dalam rongga hidung.
Satu lagi kaedah yang boleh dipertimbangkan ialah melalui rawatan laser. Walaupun ia berkesan, tetapi kaedah ini juga berpotensi mencederakan membran mukus di dalam rongga hidung.
Sumber: Hello Doktor








![[VIDEO] Khairul Aming Jaga Keberkatan Perniagaan – ‘Jangan Guna Kejatuhan Orang Lain Untuk Naikkan Sales Kita’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/khairul-aming.jpg)