Tahun ini sekali lagi rata-rata antara kita tidak berpeluang untuk pulang ke kampung halaman bagi menyambut Hari Raya Aidiladha bersama keluarga tersayang. Sudah pastinya kita merindui masakan air tangan ibu dan melakukan ibadah solat sunat Aidiladha bersama-sama di masjid atau surau.
Walaupun tidak dapat menunaikan solat sunat di masjid atau surau, kita masih boleh melakukan ibadah sunat di rumah saja. Ikuti langkah-langkah solat sunat Aidiladha yang dikongsikan Jabatan Agama Islam Selangor untuk rujukan ringkas.
Lafaz takbir raya
Infografik: JAIS
Mulakan dengan lafaz takbir raya bersama jemaah yang lain sekurang-kurangnya diulang sebanyak tiga kali seperti bacaan di atas.
Niat solat sunat
Infografik: JAIS
Mulakan solat sunat Aidiladha dengan lafaz niat solat sahaja aku solat sunat Aidiladha menjadi (imam/makmum) dua rakaat kerana Allah Ta’ala. Diteruskan dengan takbiratul ihram dan lafaz takbir sebanyak tujuh kali pada rakaat pertama diselangi dengan lafaz tasbih.
Membaca surah Al-Fatihah dan surah-surah pilihan. Kemudian rukuk, sujud dan berdiri semula.
Baca surah pilihan
Lafaz takbir sebanyak lima kali diselangi dengan lafaz tasbih. Pada rakaat kedua, baca surah Al-Fatihah, surah-surah pilihan seperti biasa dan lakukan rukun solat seperti rukuk, sujud dan tahiyyat akhir kemudia diakhir dengan salam.
Akhir sekali, membaca mana-mana khutbah yang berkaitan dengan hari raya Aidiladha. Boleh terus layari portal Jabatan Agama Islam Selangor bagi mendapatkan petikan khutbah yang disarankan.
Amalan sunat di malam raya
Antara amalan sunat pada malam raya Aidiladha yang boleh anda lakukan di rumah termasuklah memperbanyakkan takbir dan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Anda juga digalakkan untuk melakukan solat malam atau qiamullail, selain, memperbanyakkan bertasbih dan berzikir.
Sumber: Jabatan Agama Islam Selangor