berita

Panggil 3 Anak Lelaki Jaga Taman, Drama ‘Guard Komando’ Di TV9 Cuit Hati Penonton

August 2nd, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Sudah bersiaran sejak 28 Julai yang lalu, drama komedi ‘Guard Komando’ terbitan Orangetree Production Sdn Bhd ternyata menghiburkan para penonton. Menghiasi slot Diandra setiap hari Khamis dan Jumaat, drama ini menampilkan nama-nama hebat seperti Shamsul Ghau Ghau, Fendy Bakry, Mak Adam, Jiggy Masin, Dazrin dan ramai lagi. 

Sinopsis

Drama ‘Guard Komando’ ini berkisahkan tentang Taman Kampung Coh yang sedang berhadapan dengan kes kecurian yang tinggi. Pak Kassim, penghulu kampung mengadakan mesyuarat dengan beberapa wakil penduduk untuk mencari jalan penyelesaian segera. Mereka sudah berusaha selama ini namun, masalah tersebut masih tidak dapat diselesaikan. Kini, Pak Kassim menaruh harapan kepada Komandudu Adnan (Shamsul Ghau Ghau) yang dipercayai mempunyai pengalaman dan kemahiran untuk menyelesaikan masalah ini. 

Komandudu menetapkan syarat bahawa dia akan memilih pasukannya sendiri. Jadi, Komandudu telah berjumpa dengan ketiga-tiga anak lelakinya, Kholid (Fendy Bakry), Mansur (Mak Adam) dan Dollah (Jiggy Masin) untuk bekerja dengannya menjaga sebuah taman. Pada mulanya, mereka bertiga tidak bersetuju kerana masing-masing mempunyai impian dan cita-cita yang lain. Sayangnya, cita-cita mereka tidak kesampaian. Mereka tidak ada pilihan dan terpaksa menuruti kehendak ayah mereka. Nama pasukan iaitu Guard Komando juga unik kerana Komandudu mendapat idea dengan menggabungkan nama pangkal anak-anaknya.

Bermulalah pengembaraan Guard Komando di Taman Kampung Coh. Mereka terus diberikan kepercayaan untuk menyiasat kes kecurian yang berlaku di taman tersebut. Pada masa yang sama, Komandudu juga tegas melatih anak-anaknya tentang asas menjadi pegawai keselamatan. Kehadiran Guard Komando memberi sinar baharu kepada penduduk Taman Kampung Coh apabila mereka berjaya menyelesaikan pelbagai kes yang berlaku di taman tersebut. Namun, kehadiran mereka tidak disenangi oleh sekumpulan gangster yang semakin sukar untuk melakukan operasi mengganggu penduduk di situ. Adakah Guard Komando betul-betul berkaliber untuk menjaga keselamatan Taman Kampung Coh? 

Jangan lupa tonton drama komedi ini!

Oleh itu, korang jangan ketinggalan untuk menonton drama komedi ini, Guard Komando menerusi slot Diandra, setiap hari Khamis dan Jumaat, pukul 8.30 malam di TV9 dan strim langsung secara HD di www.tonton.com.my.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV9, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV9Malaysia.  Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat untuk info terkini tentang drama kegemaran korang.

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×