berita

Panggil Bakal Abang Ipar, Adik Bagi ‘Hint’ Mira Filzah & Tunang Bakal Disatukan Tak Lama Lagi?

June 4th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Teka-teki dan spekulasi bahawa Mira Filzah bersama buah hatinya bakal disatukan pada bulan Oktober ini semakin hangat diperkatakan selepas adik Mira iaitu Aina Fadhilah menggunakan perkataan ‘abang ipar’ ketika memberi ucapan hari lahir buat Wan Emir Astar.

Cincin di jari manis

https://www.instagram.com/p/CA-f2liJr0k/

Wan Emir Astar menerusi laman Instagram ada memuatnaik satu perkongsian berserta gambar tangan seorang wanita dengan cincin di jari manis telah mengundang tanda tanya netizen. Bukan itu sahaja, nama ibunya dan Mira Filzah juga turut di tag pada foto tersebut.

Dalam posting berkenaan, Wan Emir meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada semua terutamanya ibu dan Allahyarham bapanya atas segala kebaikan, pengalaman dan memori yang diberikan selama ini.

Maafkan saya, semua orang atas semua kelemahan dan kekurangan saya. Dan terima kasih kepada semua untuk segalanya. Terima kasih atas segala ucapan dan doa. Semoga Allah memberkati kita semua.

Happy Birthday abang ipar

Lebih menarik perhatian adalah ucapan hari jadi daripada adik aktres ini yang menggelarkan anak kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datin Mastura Mohd Yazid dengan gelaran abang ipar. Ucapan yang ditinggalkan di ruangam komen tersebut sekaligus mengukuhkan lagi spekulasi mengenai kisah hubungan cinta pasangan merpati dua sejoli ini.

Ucapan Mira Filzah

Sementara itu, Mira Filzah turut memuatnaik satu status di IG Story dengan menulis doa agar ‘lelaki’ itu sentiasa mendapat kerahmatan daripada-Nya selain dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, diberi kebahagiaan dan sebagainya.

Walaupun dalam perkongsian berkenaan Mira tidak menyebut nama Wan Emir, tetapi rata-rata netizen seakan-akan sudah tahu ucapan itu ditujukan kepada siapa lebih-lebih lagi status itu dimuatnaik ketika tarikh ulang tahun kelahiran Wan Emir. Difahamkan juga, posting itu turut dikongsikan semula oleh Wan Emir di IG Story miliknya.

Sumber: Wan Emir Astar, Mira Filzah

SKIP THIS AD ×