berita

Pangkat ‘Rendah’ Tapi Hidup Mewah Bongkar Kegiatan Palsu Cop Sempadan, SPRM Jumpa Cash Lebih RM100k

November 20th, 2020 | by Arini Saleh
Isu & Kontroversi

Baru-baru ini, seramai 46 orang termasuk 27 pegawai imigresen ditahan susulan dakwaan penyalahgunaan pengesahan cap keluar dan masuk sempadan utama negara. Sindiket tersebut berjaya dipatahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hasil risikan dan pemantauan selama enam bulan.

Terbaru, Harian Metro melaporkan sebanyak 21 kenderaan mewah pelbagai model milik kakitangan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah disita SPRM untuk siasatan lanjut.

Kereta mewah disita

Menurut laporan lagi, antara model mewah yang dirampas adalah Nissan Skyline R35, Subaru, Toyota Alphard, Hyundai Starex, Honda Accord, Mitsubishi Lancer dan lain-lain kenderaan import termasuk 4 motosikal berkuasa tinggi milik kakitangan JIM yang direman.

Siasatan susulan dilakukan SPRM turut menemui wang tunai berjumlah RM132,000 selain turut menyita wang di dalam akaun bank milik kakitangan JIM berjumlah RM616,499.

Sumber kepada Harian Metro berkata, ejen atau orang tengah dipercayai menggunakan wang dan kereta mewah untuk membeli hati kakitangan imigresen untuk memudahkan urusan keluar dan masuk pekerja asing bermasalah sejak 2017.

Sogok pegawai imigresen sejak 4 tahun lalu

Katanya lagi, hasil siasatan SPRM mendapati sindiket ini sudah membelanjakan sehingga RM14.5juta untuk menyogok pegawai imigresen sejak 4 tahun lalu.

Ini dibuktikan apabila ada antara kakitangan JIM berpangkat rendah ditahan memiliki wang simpanan dalam jumlah tidak masuk akal serta kenderaan mewah. Bagi mengaburi pihak berkuasa, individu dikenal pasti sebagai orang tengah atau ejen kegiatan haram ini mendaftarkan kenderaan mewah menggunakan nama individu lain.

Ini jelas melangkaui pendapatan individu terbabit yang hanya menduduki Gred KP19.

Malah, siasatan turut menjurus kepada kehidupan mewah dikecapi termasuk kerap melancong ke luar negara.

Menurut sumber, susulan penahanan 27 anggota JIM, 14 ejen pekerja asing dan lima orang awam, SPRM sangat serius dalam usaha membongkar kegiatan rasuah yang dilakukan segelintir anggota.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×