berita

‘Panjang Umur Jumpa Lagi’ – Rakan Meninggal Dunia Selepas Konvo, Rakan Luah Rasa Pilu

October 18th, 2019 | by Arini Saleh
Kini Trending

Bila berjauhan daripada keluarga, rakan-rakan merupakan orang terdekat yang sentiasa ada ketika susah dan senang. Bagi seorang pelajar pula, kenangan sewaktu belajar bersama rakan pasti menjadi kenangan terindah dalam hidup mereka.

Namun tiada siapa dapat menduga takdir yang ditentukan Allah SWT. Seperti perkongsian individu ini di Twitter, sahabatnya meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya selepas istiadat konvokesyen di UiTM. Sebak!

Banyak tolong masa konvo

 

Individu yang bernama Amirul Afiq ini mengenang kembali kenangan sewaktu majlis konvokesyen baru-baru ini. Walaupun tidak terlalu akrab, arwah banyak memberi pertolongan sewaktu majlis oleh kerana tempat duduk mereka yang bersebelahan.

Riak wajah pelik

Dari awal masuk ke dewan arwah banyak membetulkan topi dan jubah yang dipakainya. Sehingga ke atas pentas, arwah sempat menoleh ke belakang untuk melihat Amirul Afiq agar kelihatan sempurna untuk hari terindah mereka. Tambahnya lagi, sewaktu diajak bergambar, arwah menolak dan mahu bersama keluarga terlebih dahulu. Arwah juga sempat berpesan untuk berjumpa lagi jika dipanjangkan umur.

Gambar terakhir bersama

Tambah menyedihkan apabila individu ini memuatnaik gambar terakhir mereka berdua. Menurutnya, arwah terlibat dalam kemalangan maut ketika dalam perjalanan ke kampus di UiTM Melaka sejurus selepas konvokesyen.

Sumber : Amirul Afiq

The following two tabs change content below.