Sebelum ini, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menetapkan mana-mana individu yang ingkar larangan berbasikal di lebuh raya akan dikenakan didenda sehingga RM 1,000 atau penjara tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya.
Artikel Berkaitan: Penunggang Basikal Boleh Didenda RM 1,000 & Penjara Jika Gagal Patuhi Peraturan
Namun, disebalik arahan tersebut, ia tidak mematahkan semangat para penunggang basikal malahan ia telah berjaya menarik lebih ramai untuk menyertai aktiviti berbasikal secara berkumpulan atau solo. Tidak berakhir di situ, aktiviti menunggang basikal kini menjadi trend baharu dan hobi yang semakin diminati ramai oleh rakyat Malaysia.
Tetapi, di sebalik aktiviti ‘sihat’ tersebut, tersingkap ketidakpuasan hati netizen terhadap sikap sesetengah penunggang basikal yang memanjat roundabout Elmina bagi tujuan mengambil foto.
Trend panjat roundabout Elmina
Habislah beruk beruk ni dah start trend panjat roundabout Elmina pic.twitter.com/R6Fg4sWJth
— hasrul (@hvsrul) December 6, 2020
Menerusi tweet tersebut, rata-rata warganet berasa kurang ‘senang’ dengan sikap penunggang basikal yang bertindak memanjat roundabout Elmina. Salah satu respon, menyatakan sepatutnya kawasan tersebut tidak sesuai dijadikan tempat untuk mengambil gambar.
Tweet tersebut telah meraih pelbagai respon daripada warganet yang bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang lelaki.
Respon warganet
Tidak berakhir di situ, warganet turut mencadangkan supaya penunggang-penunggang basikal yang lain menggunakan tempat lain untuk bergambar. Terdapat juga komen yang menyatakan tempat seperti itu sepatutnya dijaga dengan sebaik mungkin dan tidak dirosakkan sewenang-wenangnya oleh individu yang tidak bertanggungjawab.
Sumber: Twitter