Sekadar gambar hiasan

Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut selepas terjatuh dari tingkat 10 sebuah kondominium di Jalan Dutamas, Kuala Lumpur petang semalam.

Budak 3 tahun jatuh dari tingkat 10

Sekadar gambar hiasan

Memetik laporan Sinar Harian, mayat kanak-kanak terbabit ditemui terjatuh di tingkat tiga bangunan berkenaan. Menurut Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai, pihaknya bergegas lokasi kejadian selepas menerima panggilan MERS 999 berhubung kemalangan itu  sekitar jam 3:30 petang. Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan.

Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai memanjat tab mandi dan naik ke atas tembok, kemudian memanjat keluar ikut tingkap tandas. Semasa kejadian ibunya berada di ruang tamu.

Difahamkan ibu mangsa yang berusia 32 tahun kemudian turun memaklumkan kepada pengurusan mengenai kejadian yang menimpa anaknya itu. Tambah Beh Eng Lai, siasatan lanjut berhubung kes ini masih dijalankan namun keadaan ibu mangsa yang masih bersedih dan terkejut menyukarkan untuk disoal siasat.

Ibu mangsa akan dipanggil rakam keterangan kemudian, sebab sekarang dia sangat sedih, menangis dan tidak dapat bercakap. Jadi kita tunggu mayat itu dibedah siasat.

Sumber: Sinar Harian