
Perkongsian pelakon Nafiz Muaz sejak kebelakangan ini mendapat perhatian warganet dan sering muncul di FYP (For Your Page) TikTok mereka.
Artikel Berkaitan: Mahu Elak Penyakit Ain, Nafiz Muaz Jarang ‘Post’ Gambar Dengan Isteri – ‘Isteri Saya Untuk Pandangan Saya Sahaja’
Artikel Berkaitan: ‘Jaga Privasi Keluarga, Bukan Sorok’ – Nafiz Muaz
Pantun Nafiz
Menerusi hantaran di akaun TikTok, pemilik nama Muhd Nafiz Muaz Mat Nazie, 27, itu memuat naik foto memaparkan wajahnya yang tersenyum lebar.
Namun, yang menarik perhatian warganet adalah pantun yang ditulis Nafiz mengenai seseorang yang melakukan perbuatan curang.
Proton Wira warna terang,
Enjin hidup tak pernah mati,
Dia sendiri yang curang,
Lepastu acah tersakiti.
Bagaimanapun, Nafiz tidak menyatakan maksud pantun tersebut atau kepada siapa ia ditujukan.
Komen netizen
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi yang diberikan oleh warganet dan di antaranya adalah mereka membalas kembali pantun tersebut.
Selain itu, warganet juga meminta Nafiz supaya tetap menulis pantun malah tidak sabar menantikan hantaran yang seterusnya.
Tinjauan OhBulan!, juga mendapati pelakon drama Teratak Kasih Salina itu sebelum ini kerap memuat naik hantaran bersama pantun yang direka olehnya.
Sumber: TikTok Nafiz Muaz