berita

‘Papa Doa Supaya Allah Tutup Pintu Hati Adik Ke Atas Mana-Mana Lelaki Kecuali….’

July 2nd, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Sempena ulang tahun kelahiran Marissa Dania yang ke-18, pelakon, Norman Hakim berkongsi semula momen yang tidak boleh dilupakan olehnya dan bekas isteri, Abby Abadi.

Menurut Norman, anak gadisnya itu dilahirkan di dalam kereta.

Momen yang tidak boleh dilupakan

18 tahun lepas Allah pilih mama untuk lahirkan adik dalam kereta dan pilih papa untuk sambut kelahiran adik juga dalam kereta. Momen yang takkan papa lupakan seumur hidup. Hari ni walau dah 18 tahun, momen tu macam baru je semalam berlaku. Bezanya adik dah besar cantik depan mata Alhamdulillah.

Selain berkongsi momen tersebut, Norman turut memberitahu bahawa Marissa merupakan anak yang solehah, bijak dan sangat berdikari. Sebagai seorang bapa, Norman berkata dia sentiasa melakukan solat hajat dan berdoa untuk semua anak-anaknya.

Hari-hari papa tak pernah miss solat hajat doakan untuk semua anak-anak papa. Khusus untuk adik, hari-hari papa doa supaya Allah tutup pintu hati adik ke atas mana-mana lelaki kecuali nawaitu lelaki itu tulus dan ikhlas nak jadi imam buat adik dan bimbing adik ke Jannatul Firdausi.

Di akhir perkongsian, Norman berharap anaknya itu sentiasa berada dibawah lindungan Allah.

Sanah Helwah Selamat Ulangtahun kelahiran ke-18 adik. Mohon Allah sentiasa lindung adik dengan rahmat dan kasih sayangNya.

Sumber: Norman Hakim

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×