berita

Para Content Creator Malaysia Lebih Memilih Telefon Pintar HONOR 90? Agak-Agak Kenapa Eh?

August 15th, 2023 | by Intan Mahsuri
Kini Trending

Undian untuk Anugerah TikTok 203 dah dibuka!!!

Mesti korang semua excited kan nak mengundi sebanyak mungkin untuk pencipta kandungan kegemaran korang?

Memahami keinginan tersebut, HONOR Malaysia selaku rakan kongsi rasmi Anugerah TikTok 2023 belanja korang 5 undian tambahan apabila korang imbas kod QR khas di kedai mereka.

HONOR Malaysia  rakan kongsi rasmi Anugerah TikTok 2023!

Melangkah setapak lebih kehadapan, baru-baru ini HONOR Malaysia telah berkolaborasi bersama TikTok untuk menganjurkan Anugerah TikTok 2023 yang pertama di Malaysia melalui model telefon pintar terbaharu mereka iaitu HONOR 90.

Bagi korang yang belum tahu, HONOR 90 adalah model telefon pintar yang dilengkapi dengan teknologi dan inovasi yang terkini sekaligus menjadikannya telefon pintar pilihan utama pencipta kandungan.

Nak tahu apa yang istimewa mengenai model HONOR 90?

Berikut min kongsikan 6 sebab utama mengapa HONOR 90 jadi pilihan pencipta kandungan untuk hasilkan video dan kandungan yang menarik dan interaktif.

1. Kamera Super Sensing 200MP, setiap tangkapan jelas tangkapan

Berbeza dengan model-model sebelumnya, HONOR 90 dilengkapi dengan kamera Super Sensing 200MP. Ianya lebih power kerana dilengkapi dengan CMOS 1/1.4 inci.

Ini membolehkan lebih banyak butiran di ambil ketika menangkap gambar terutamanya ketika dalam mod resolusi tinggi.

Rakam video dengan pencahayaan minima juga bukan satu isu kerana kamera HONOR 90 mampu menyerap lebih banyak cahaya dan mencerahkan visual.

2. Kamera Depan Ultra Clear 50MP, menyokong rakaman 4K

Bukan itu sahaja, kamera depan 50MP Ultra Clear HONOR 90 membolehkan korang shoot video swafoto beresolusi 4K dengan mudah dimana-mana sahaja, pada bila-bila masa.

Fungsi ultra lebar 100° yang dimiliki oleh kamera depan ini juga boleh memuatkan lebih ramai orang dalam satu gambar.

Mod HDR yang tersedia membuatkan tangkapan gambar yang dimbil jelas walaupun dalam cahaya yang samar-samar.

3. Ciri multi-camera buat video jadi menarik dan interaktif

Kombinasi pengunaan kamera hadapan dan belakang pada yang sama boleh dicapai melalui rakaman multi-camera 6 mod.

Menariknya, setiap mod yang digunakan boleh ditukar semasa merakam tanpa memerlukan penyuntingan.

Fungsi ini memberikan pencipta kandungan fleksibiliti dan kebebasan dalam bereksperimen untuk mencipta video yang menarik dan interaktif mengikut gaya mereka.

4. Memori & storan besar 12GB+512GB, tiada lagi masalah “lagging”

Model HONOR 90 didatangkan bersama memori dan saiz storan yang besar iaitu 12GB+256GB dan 12GB +512GB dengan harga bermula pada RM1,799 dan RM2,099.

Dengan ini korang boleh simpan sebanyak mungkin, gambar dan draf video untuk kandungan media sosial korang mahupun bagi tujuan peribadi.

Disamping itu, isu “lagging” pun dah tak wujud semasa proses penyuntingan video kerana HONOR 9o dikuasakan oleh Qualcomm Snapdragon 7 Gen 1 Accelerated Chipset, chipset terkini dalam pasaran!

5. Bateri besar 5000mAh

Memiliki berat 183 gram dengan saiz badan senipis 7.8mm, HONOR 90 tetap menawarkan bateri berkapasiti besar 5,000 mAH bagi memenuhi keperluan korang untuk ambil gambar, ambil video, sunting video dan pelbagai lagi la.

Paling penting bateri HONOR 90 tahan sehingga 19.5 jam dengan penggunaan minima.

Bateri yang dikuasakan oleh 66W HONOR SuperCharge ini juga mampu mengecas sehingga 45% dalam masa 15 minit sahaja.

6. Skrin Bebas risiko, lindung kesihatan mata

Mahu yang terbaik buat pengguna mereka, HONOR 90 menggunakan skrin yang dilengkapi teknologi Perlindungan Mata dengan pengaturan Cahaya Tanpa Risiko melalui teknologi pemalapan frekuensi PWM ultra tinggi 3840Hz.

Ianya adalah teknologi pertama di dunia yang diperakui bebas Flicker TÜV Rheinland untuk membantu pengguna melegakan keletihan mata, ketegangan mata yang boleh menyebabkan penglihatan menjadi kabur disebabkan oleh kerdipan skrin.

So, korang yang kerap alami masalah mata sembap, kering dan lesu memang sesuai guna HONOR 90 sebab skrin yang digunakan membantu memelihara kesihatan mata.

Dapatkan hadiah percuma bernilai sehingga RM647 bila Beli HONOR 90!

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan hadiah percuma seperti HONOR Earbuds X5, jaminan lanjutan 1+1 tahun dan perlindungan retak skrin selama 180 hari yang bernilai RM647 apabila korang beli HONOR 90 sekarang.

Ditawarkan pada harga RM1,799 (12GB+256GB) atau RM2,099 (12GB+512GB), mana korang nak dapat telefon pintar premium dengan harga macam ni.

Takpun korang boleh beli HONOR 90 Lite yang berharga RM1099 (8+256GB). Dilengkapi dengan kamera 100MP Ultra Clear, model ini adalah pilihan ideal bagi korang yang mencari telefon pintar mampu milik yang memiliki keupayaan kamera yang hebat.

Apa-apa pun, jangan lupa singgah ke kedai HONOR dan usha model HONOR 90 disana.

Sambil-sambil tu, boleh la korang Imbas kod QR yang tersedia dan dapatkan 5 undian tambahan untuk pencipta kandungan kegemaran korang.

SKIP THIS AD ×