
Pelakon dan personaliti media sosial, Norreen Iman menyeru kepada para suami agar lebih aktif menjalankan tanggungjawab sebagai bapa demi mengeratkan hubungan keluarga.
Artikel Berkaitan: Norreen Iman Gusar Jemaah Umrah Terkandas, Luah Hasrat Ingin Hulur Bantuan – ‘Kalau Simpanan Mereka Sudah Berkurang ..’
Artikel Berkaitan: ‘Saya Tak Nak Pelakon Berbadan Besar Hanya Melawak & Memenuhi Ruang Sesebuah Karya Sahaja’ – Norreen Iman
Tolong isteri
Menerusi perkongsian di Threads, Norreen berkata para suami wajar memanfaatkan waktu pagi dengan mengurus anak-anak berbanding terus tidur selepas bangun.
Kalau dah bangun untuk subuh, jangan hanya tunaikan solat subuh sahaja lalu tidur semula.
Kalau dah ada anak, uruskan anak juga. Bukan hanya sekadar menghantar anak ke sekolah semata-mata.
Jelasnya, penglibatan bapa dalam rutin harian amat membantu anak-anak membina hubungan yang lebih utuh dan erat dengan mereka.
Kata Norreen, ia juga membantu anak berasa lebih selesa untuk berkongsi masalah dan pandangan apabila meningkat dewasa.
Subuh lah dengan anak-anak sekali. Tak reti? Belajar untuk ambil tahu.
Rutin dengan anak tu sangat lah penting sebab ia membina personaliti dan ikatan anak dan bapa.
Kita tidak mahu bila anak dah besar, mereka selesa dengan ibu sahaja. Mereka juga perlukan bapa mereka.
Sumber: Threads