berita

Paramore Tampil Dengan Video Klip Yang Lebih Santai, Still Into You

April 11th, 2013 | by Ai
Video Popular

paramore-pose-in-a-boat-in-still-into-you-video

Kumpulan rock Amerika iaitu Paramore baru sahaja melancarkan video klip terbaru mereka berjudul “Still Into You” dan video klip tersebut telah pun dimuat naik melalui laman YouTube sejak 8 April lalu.

Meskipun video klip berdurasi 3:41 ini baru sahaja dilancarkan tiga hari lepas, akan tetapi sambutan yang ditunjukkan oleh penonton untuk video ini sungguh memberangsangkan kerana sehingga kini video berkenaan telah ditonton lebih 1 juta penonton.

Untuk video klip kali ini, kumpulan Paramore cuba menampilkan sedikit kelainan apabila memilih konsep yang lebih santai berbanding video klip sebelumnya. Selain itu, video klip ini turut diselitkan dengan pemilihan warna-warna yang lebih ceria dan menonjolkan sedikit sifat keanak-anakan kumpulan rock tersebut.

Bagi semua peminat Paramore, jom laya video klip mereka berjudul “Still Into You” selepas ini. Selamat menonton!

SKIP THIS AD ×