Personaliti media sosial Parisa Ardina berkongsi momen istimewa apabila dia berjaya merealisasikan impian untuk menghadiahkan ibu tercinta sebuah kereta.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Untuk Yang Convert Islam Dapat RM3,000’ – Parisa Ardina

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sam Lim & Parisa Ardina Raih Pujian, Buat ‘Pre-Wedding’ Selepas Nikah – ‘Macam Ini Baru Betul’

Hadiah untuk ibu

Menerusi hantaran di Threads, Parisa memuat naik foto bersama ibu yang memeluknya erat dan berlatarbelakangkan sebuah kereta jenis Proton e.mas berwarna merah jambu.

Dalam hantaran yang sama, Parisa menzahirkan rasa syukur apabila doanya untuk menggembirakan ibu akhirnya dimakbulkan.

Alhamdulillah, antara perkara terbesar yang selalu saya doakan adalah untuk dapat menghadiahkan sebuah kereta buat ibu.

Hari ini, akhirnya impian itu menjadi kenyataan.

Tambah Parisa, momen itu menjadi lebih bermakna apabila usaha keras dan titik peluhnya selama ini membuahkan hasil.

Melihat kegembiraan ibu membuatkan segala penat lelah serta usaha selama ini terasa sangat berbaloi.

Saya benar-benar bersyukur atas rezeki ini dan terima kasih kepada semua yang sentiasa menyokong perjalanan saya hingga ke hari ini.

Awak semua tidak tahu, betapa besarnya perkara ini untuk saya.

Sumber: Threads