
Pelakon Korea Selatan, Park Shin-hye selamat melahirkan cahaya mata kedua pada Selasa.
Park Shin Hye timang anak kedua

Berita gembira itu dikongsikan agensi Park Shin-hye iaitu Salt Entertainment menerusi satu kenyataan rasmi yang memaklumkan pelakon berkenaan selamat melahirkan bayi perempuan.
Park Shin-hye telah melahirkan seorang bayi perempuan yang sihat hari ini (22 September), sekali gus menyambut ahli keluarga baharu dalam kehidupan Park Shin-hye dan Choi Tae-joon.
Menurut agensi lagi, kedua-dua ibu dan bayi berada dalam keadaan sihat. Aktres itu kini sedang berehat dan menjalani proses pemulihan selepas bersalin.
Ibu dan anak kini berada dalam keadaan sihat. Park Shin-hye sedang berehat dan menjalani proses pemulihan dengan kasih sayang serta penjagaan daripada keluarganya.
Untuk rekod, Park Shin-hye dan Choi Tae-joon berkahwin pada 2022 selepas menjalinkan hubungan selama empat tahun.
Pasangan itu sebelum ini dikurniakan seorang anak lelaki pada Mei 2022, beberapa bulan selepas mereka mendirikan rumah tangga.
Sumber: Chosun Daily





![[VIDEO] Dr Fie Sah Bergelar Isteri Kapten Amrul, Terima Mas Kahwin Satu Dinar Emas](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2705.jpeg)
![[VIDEO] ‘Kena Jadi Baik & Ramah Sebab Mereka Datang Dari Jauh’ – Syed Saddiq Nasihat Ayden Santuni Masyarakat](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2675.jpeg)
![[VIDEO] Syed Saddiq Dedah Hati Mula Berpaut Pada Bella Astillah Ketika Di Sabah – ‘Saya Nampak Sisi Dia Yang Berbeza’](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2674.jpeg)