berita

‘Paru-Paru Kanan Saya Rosak…’ – Abang Siti Sarah

September 1st, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Ahmad Firdous

Abang kepada Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin, iaitu Ahmad Firdous menerusi satu hantaran di laman Facebook, berkongsi keadaan kesihatannya yang terkini.

Artikel Berkaitan: ‘Syukur Dah Buka Mata’ – Abang Siti Sarah Dah Sedar

Artikel Berkaitan: ‘Abang Ipar & Siti Sarah Sangat Rapat, Mohon Doa Agar Stabil’ – Shuib

Artikel Berkaitan: Tahap Empat Covid-19, Abang Siti Sarah Dipindahkan Ke ICU

‘Paru-paru kanan saya rosak’

Difahamkan, paru-paru Firdous rosak akibat dijangkiti Covid-19 dan memerlukan masa untuk sembuh seperti sedia kala. Pada masa yang sama, dia masih bersyukur dengan apa yang telah terjadi.

Ramai yang nak tahu keadaan sebenar saya. Maaf saya tidak dapat nak membalas satu persatu. Allah Maha Besar dan saya bersyukur dengan apa yang berlaku.

Mengulas lebih lanjut, Firdous turut memperincikan keadaan paru-parunya yang telah rosak di bahagian kanan dan mengalami rasa sakit di bahagian kiri paru-paru.

Paru-paru kanan saya rosak. Paru-paru kiri saya kena sikit di bahagian belakang, tetapi alhamdulillah, saya boleh pulih Insya-Allah dengan izin Allah. Ambil masa mungkin tiga ke empat bulan.

Tahap oksigen yang saya gunakan juga sudah dikurangkan dari 10 ke sembilan dan saya sangat bersyukur. Maaf saya tidak dapat balas, ada kala saya sihat, ada kala saya kurang tenaga.

Sebelum ini, Firdous pernah ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Serdang, Selangor berikutan dijangkiti virus Covid-19. Difahamkan hubungan Firdous dengan Allahyarhamah Siti Sarah sangat akrab.

Sumber: Ahmad Firdous Raissuddin

SKIP THIS AD ×