berita

Pasangan Blogger India Ini Ditemui Maut Gara-Gara Selfie

October 31st, 2018 | by Amat
Kini Trending

Siapa sangka ini merupakan penggembaraan terakhir bagi pasangan blogger mengelilingi dunia bertukar tragedi ketika sedang selfie. Destinasi terakhir mereka dilaporkan berada di Taman Nasional Yosemite, AS  di tepi cenuram tidak berpagar. Lokasi itu menjadi lokasi popular untuk berswafoto dalam kalangan pengunjung ke Taft Point.

Pasangan India terjatuh dari Taft Point

Menurut laporan news.sky, seorang anggota renjer hutan di Taman Nasional Yosemite telah menemui mayat pasangan dari India itu, Vishnu Viswanath dan Meenakshi Moorthy. Dipercayai pasangan itu terjatuh dari ketinggian 245 meter di bawah Taft Point.

Menurut abang kepada Vishnu,  adiknya itu telah memasang tripod berhampiran kawasan tebing yang curam dekat pergunungan Sierra Nevada, California sebelum mereka jatuh dan maut.

Ditemui oleh pengunjung

Sementara itu, pengunjung menjumpai sebuah kamera dan pengunjung tersebut memaklumkan kepada renjer hutan mengenai penemuan tersebut. Pasukan renjer hutan menjumpai pasangan mayat itu kira-kira 800 meter dibawah Taft Point. Jurucakap Yosemite, Jamie Richards berkata dia tidak tahu bagaimana renjer tersebut menjumpai mayat pasangan itu tetapi operasi mencari dan menyelamat mendapatkan mangsa adalah amat mencabar.

Antara status dan foto terakhir

Sumber: Sinar Online, holidayandhappilyeverafters

SKIP THIS AD ×