berita

Pasangan Guru Maut, Motor Dinaiki Rempuh Lori Buat Pusingan U

May 3rd, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Sepasang suami isteri maut selepas motosikal dinaiki mereka merempuh belakang sebuah lori satu tan di Kilometer (KM) 7.6 Jalan Kangar-Padang Besar berhampiran simpang Alor Sena, Paya, Beseri, semalam (Selasa).

Artikel Berkaitan: Pemuda Maut Motosikal Rempuh Lori Belok Kawasan Tidak Dibenarkan

Lori buat pusingan U

Gambar sekadar hiasan

Memetik laporan Harian Metro, pasangan suami isteri yang bertugas sebagai guru itu disahkan maut ditempat kejadian.

Menurut Ketua Polis Daerah Padang Besar Asisten Komisioner Mohd Shokri Abdullah, difahamkan, kedua-dua mangsa merempuh sebuah lori yang sedang membuat pusingan U.

Siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku apabila pemandu lori dari arah Padang Besar sedang menghala ke Kangar membuat pusingan U untuk menghala balik ke Padang Besar.

Kedua-dua mangsa yang menunggang dan membonceng motosikal Honda Vario yang datang dari arah Kangar tidak sempat untuk mengelak sebelum melanggar bahagian belakang lori itu.

Dalam pada itu, siasatan awal pihak polis mendapati pemandu lori yang berusia 67 tahun itu tidak mempunyai lesen memandu yang sah.

Walau bagaimanapun, pemandu lori itu tidak ditahan reman ekoran faktor umurnya yang sudah lanjut serta didapati mempunyai masalah kesihatan dan pendengaran.

Kedua-dua mangsa kemudiannya dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Tuanku Fauziah Kangar bagi proses bedah siasat dan kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×