berita

Pasangan Kaya India Rai Pra Perkahwinan 3 Hari, Tetamu Jemputan ‘Bukan Kaleng-Kaleng’ Termasuk Rihanna & Bill Gates

March 1st, 2024 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Mega! Itulah ungkapan yang boleh dikatakan mengenai majlis pra perkahwinan anak individu terkaya di India yang dijangka berlangsung selama tiga hari bermula 1 sehingga 3 Mac ini.

Artikel Berkaitan: Beli Rumah Mewah Bernilai RM66 Juta, Ranveer Singh Bakal Berjiran Dengan Shah Rukh Khan

Majlis mewah

Menerusi laporan The Indian Express, pasangan yang dikenali sebagai Anant Ambani dan Radhika dilaporkan akan mengadakan majlis pra perkahwinan secara gemilang dan ia akan dihadiri sekitar seribu tetamu dari seluruh dunia.

Antara tetamu yang dijangka hadir majlis tersebut termasuklah Bill Gates, Mak Zuckerberg dan Hillary Clinton. Mereka akan menikmati hidangan mewah termasuk dari Mexico, Parsi, Jepun dan Thailand yang disediakan oleh 21 chef daripada hotel terkemuka.

Bukan itu sahaja, majlis pra perkahwinan yang dijadual berlangsung di kediaman keluarga bakal pengantin perempuan di Jamnagar, Gujarat akan diserikan dengan persembahan Rihanna.

Menurut laporan media tempatan, Radhika Merchant merupakan anak perempuan kepada billionaire Shri Viren Merchant yang juga merupakan CEO kepada syarikat kesihatan Encore Healthcare.

Anant Ambani pula adalah anak lelaki bongsu dari keluarga kaya raya Mukesh Ambani yang juga mempunyai empayar perniagaan Reliance Industries.

Menerusi acara pra perkahwinan yang berlangsung selama tiga hari, tetamu akan dibawa bersantai dan melawat haiwan peliharaan keluarga tersebut sebelum Rihanna menghiburkan mereka.

Sumber: The Indian Express

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×