berita

Pasangan Kekasih Dikritik Buat ‘Content’ Solat Jemaah Guna Video Call

March 9th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Instagram, viral sebuah video di mana pasangan kekasih sedang solat berjemaah bersama-sama secara ‘video call’. Menerusi video tersebut, seorang pendakwah yang dikenali sebagai Furqan Fawwaz tampil menegur tindakan pasangan tersebut.

Solat jemaah pakwe dan makwe?

Di dalam video tersebut, seorang lelaki yang memakai baju hijau sedang menunaikan solat sambil membuat panggilan video bersama kekasihnya. Lebih mencuri tumpuan, gadis yang memakai telekung tersebut turut solat bersama kekasihnya. Video yang hanya sempat dirakam beberapa saat itu menjadi perdebatan di kalangan netizen. Susulan daripada itu, saudara Furqan tampil dan memberi pandangan mengenai perbuatan pasangan tersebut.

Dalam keadaan hujan yang tak berhenti-henti, banjir sana sini korang berani buat macam ni. Ada orang Islam berani buat macam ni? Tak kisahlah negara mana yang buat content macam ni, tapi kita kena tegur sebab ini adalah solat penghubung antara kita dengan Allah.

Ujar Furqan, dia tidak kisah pasangan tersebut berasal dari negara mana. Sebagai umat Islam, Furqan menegaskan tindakan kekasih itu tidak wajar kerana solat merupakan penghubung antara manusia dengan Maha Pencipta. Tambah Furqan, mereka perlu memohon keampunan dan berfikir terlebih dahulu sebelum memuat naik ‘content’ sebegitu.

Solat itu adalah doa. Kita doa dekat Allah sebab nak jauh dari musibah yang kami tak mampu tanggung. Ini korang minta musibah datang buat content macam ni. View banyak. Kena tegur, risau anak kita bebas buat content demi nak kejar populariti. Moga Allah ampunkan kita semua.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by LembaranJuzukCinta (@furqanfawwaz)

Sumber: Furqan Fawwaz

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×