berita

Pasangan Pengembara Kapcai Di Turki Tekad Pulang Ke Malaysia, Kuarantin Diri 14 Hari

March 21st, 2020 | by Arini Saleh
Kini Trending

Pasangan pengembara kapcai atau ‘kapcaipackers’, Mohd Alfishahrin dan isteri Diana Latief tekad pulang ke Malaysia selepas kes jangkitan COVID-19 dilaporkan semakin tinggi di Turki. Pasangan ini mengembara ke beberapa negara menaiki motosikal jenis Honda RS150 sejak tahun lepas.

Memetik laporan Siakap Keli, pasangan ini mula mengembara pada 4 November 2019 dan masuk ke Turki pada 4 Januari awal tahun ini.

Kuarantin 14 hari

Arahan kuarantin dari KKM

Alhamdulillah kami dah kembali ke Malaysia melihat keadaan virus yang semakin teruk, kami ambil keputusan untuk pulang ke tanah air.

Motor disimpan dibawah jagaan rakan di Turki. Sampai di Airport terus balik ke rumah kakak saya, kuarantin diri sendiri 14 hari, kakak saya pula tinggal di rumah family saya, so hanya kami berdua sahaja dirumah dia, family pun kami tak jumpa, hanya berhubung melalui whatsapp sahaja.

Terima kasih kepada semua yang mendoakan kesejahteraan dan kesihatan untuk kami sepanjang kami berada di perantauan.

Katanya lagi, mereka sudah lama berada di Turki memandangkan di sana tiada kes tetapi bermula Jumaat minggu lepas, kes pertama jangkitan dikesan dan statistik semakin meningkat dari hari ke hari.

Park motor, terus balik

Menerusi status di Facebook, Mohd Alfishahrin memaklumkan sebaik sahaja sampai di lapangan terbang mereka akan terus kuarantin diri selama 14 hari di rumah kakak dan hanya mereka berdua di situ. Kakaknya pula akan pulang ke rumah keluarga.

Mana-mana yang beli tiket flight transit, semua cancel dan kena beli baru. Selasa kami beli tiket. Pagi tu decide, tengah hari terus beli. Parking motor dan terus ke airport. Balik pun pakai riding jacket dan seluar (sut lengkap).

Tambahnya lagi, mereka bernasib baik kerana membuat keputusan terus balik kerana ada kemungkinan mereka sangkut ekoran banyak penerbangan yang dibatalkan.

Difahamkan sepanjang pengembaraan mereka telah menjejaki sekitar Asia dan Eropah iaitu Thailand, India, Pakistan, Nepal, Iran, Croatia, Greece, Syria, Perancis dan banyak lagi.

Sumber : Mohd Alfishahrin , Siakapkeli

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×