berita

Pasangan Serasi Yang Mana Bakal Bergelar Juara? Saksikan Final Lagu Cinta Kita Ahad Ini!

May 4th, 2019 | by Amat
Shout Out!

Tagline ‘Panah Cinta Di Hati Si Dia’ sepadan dengan program realiti terbaru Lagu Cinta Kita yang telah disiarkan di YouTube TV3Malaysia. Program ini diadaptasi dari program popular Vietnam iaitu ‘Love At First Song’.

Lagu Cinta Kita telah menemui penonton sejak 19 April 2019 sebanyak 4 episod termasuk ujibakat dan episod kemuncak final akan disiarkan di TV3, Ahad ini.

Pertama kali bertentangan mata

Tirai konsert pertama Lagu Cinta Kita dibuka dengan meriah dengan menyaksikan 8 duo berentap untuk memikat hati juri awam dan juri tetap, Hael Husaini dan Scha Al-Yahya, serta juri jemputan Alvin Chong.

Mengikut format rancangan realiti ini, masing-masing tidak mengetahui siapa pasangan duet mereka yang telah ditetapkan oleh Scha dan Ajai. Malangnya, dalam konsert pertama ini hanya 5 pasangan duet layak ke peringkat seterusnya.

Manakala, peserta Hafiz dan Eliana terpaksa bertukar pasangan duet yang telah dipadankan oleh Scha dan Hael sekali gus melayakkan pasangan baru ini ke konsert seterusnya.

Keserasian persembahan akustik

Konsert minggu kedua episod 3 ini menyaksikan kesemua peserta membuat persembahan muzik akustik dan turut dijurikan Hael Husaini, Scha Al-Yahya dan juri jemputan Wany Hasrita. Konsert pada minggu ini secara rasminya tiada sebarang penyingkiran dan melayakkan kesemua duo ke minggu semi final. Peserta Hafiz dan Eliana menjadi nama pertama yang disebut sekali gus menempatkan mereka ke peringkat semi final.

Pasangan terbaik ke final

Pasangan manakah yang layak ke peringkat akhir Lagu Cinta Kita? Hanya 4 pasangan yang telah berjaya menempatkan diri mereka di pentas akhir akan berlangsung pada Ahad ini jam 3.00 petang.

Bagaimanapun, di hujung rancangan ada sedikit kejutan pertukaran pasangan dan ini merupakan cabaran buat mereka untuk mendapatkan keserasian dalam masa singkat. Adakah setiap pasangan akan mempersembahkan persembahan terbaik di final? Nantikan…

Pasangan duet mana paling serasi?

Jangan lupa untuk menonton final Lagu Cinta Kita pada hari Ahad ini jam 3.00 petang bersiaran secara langsung di TV3 dan YouTube TV3Malaysia. Final Lagu Cinta Kita akan berlangsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam. Konsert final ini turut dimeriahkan dengan penampilan khas Syafiq Kyle dan Dayang Nurfaizah.

SKIP THIS AD ×