berita

Pasangan Suami Isteri Beli Motor Idaman RM8 Ribu Guna Duit Syiling, Menabung Sejak Beberapa Tahun

April 15th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Sepasang suami isteri telah menarik perhatian para pengguna sosial media di Indonesia apabila membawa puluhan beg plastik yang berisi duit syiling untuk membeli sebuah motosikal.

Beli motorsikal guna duit syiling

Pasangan terbabit iaitu Tri Bartonnanto serta isterinya Hasnaini membeli sebuah motorsikal jenama Yamaha All New NMAX di kedai daerah Samarinda, Kalimantan Timur.

Mereka membawa bungkusan duit syiling yang berat untuk membayar harga motorsikal berkenaan yang berharga 31 juta rupiah (RM8,742).

Disebabkan pasangan itu membayar motorsikal dengan menggunakan duit syiling, beberapa orang pekerja kedai tersebut terpaksa membantu mereka untuk mengira duit syiling itu sekali.

Hasil simpanan sejak beberapa tahun lalu

Sekadar gambar hiasan

Menurut Hasnaini, duit syiling berkenaan sebenarnya adalah hasil daripada mereka kumpul sejak beberapa tahun lalu.

Kami memang mengumpul duit syiling untuk membeli sesuatu. Jadi kami beli motorsikal baru atas nama saya.

Pasangan terbabit memang meminati motorsikal jenama berkenaan dan telah memiliki jenama yang sama di rumah mereka.

Sumber : inibalikpapan

SKIP THIS AD ×