berita

Pasangan Suami Isteri Buat ‘Eksperimen Sosial’ Dine-In Di Restoran Akhirnya Ditahan Polis

August 24th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Tindakan sepasang suami isteri melakukan ‘eksperimen sosial’ dengan memasuki beberapa kedai serbaneka dan dine-in di restoran meskipun belum melengkapkan dua dos vaksin akhirnya membawa padah apabila mereka ditahan polis semalam.

Artikel Berkaitan: Wanita Bangga Boleh Dine-In Walaupun Tak Cucuk 2 Dos Vaksin, Netizen Harap Polis Tangkap Cepat!

Padah buat ‘eksperimen sosial’

Memetik laporan Kosmo, pasangan suami isteri yang berusia 35 dan 36 tahun itu ditahan selepas pihak polis menerima aduan berhubung tindakan mereka yang viral di media sosial. Menurut Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli, penahanan tersebut dilakukan sekitar jam 5 petang semalam di kediaman mereka yang terletak di Bandar Baru Putera 2, Selangor.

Pemilik akaun juga turut memuat naik kenyataan yang telah mendatangkan ketakutan dan kegentaran kepada orang awam. Kedua-dua mereka kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangan mereka diambil polis.

Menurut sumber, kes ini disiasat mengikut Seksyen 269 dan Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan selain Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi Malaysia. Dalam kesempatan itu, beliau mengingatkan orang ramai supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi membendung penularan Covid-19.

Sumber: Kosmo

SKIP THIS AD ×