berita

Pasangan Suami Isteri Nekad Kurus, Berjaya Turun 13kg Dalam Masa 8 Bulan

October 7th, 2020 | by Arini Saleh
Kini Trending

Dalam usaha menurunkan berat badan, pasti pelbagai cabaran yang perlu dihadapi terutamanya dari segi kawalan nafsu makan dan senaman. Mana tidaknya, tidak semua mampu menolak air manis dan makanan berminyak yang selama ini menjadi kegemaran semua orang.

Namun, di atas nasihat doktor, wanita ini nekad mengurangkan berat badan dengan tips diet suku-suku separuh. Dalam masa empat bulan, dia berjaya turun sehingga 13kg. Apa yang menariknya, suami pun ikut serta diet!

Turun 10kg dalam masa 4 bulan

Assalamualaikum semua alhamdulillah saya happy sangat. Bulan ni saya dah nampak angka 7 dekat penimbang setelah sekian lama saya menanti hahaha. Walaupun baru 79@78kg sangat bermakna bagi saya. Kalau sebelum ni 90kg, setelah 4 bulan saya berdiet alhamdulillah nampak jugak la badan ni susut. Nak bergerak ke mana-mana pun rasa ringan. Syukur pada Allah. Nak diet ni hati kena kuat iman kena kuat dan sokongan dari orang sekeliling pun memainkan peranan jugak. Moga kita semua terus istiqomah untuk dapatkan target kita ye.

80% pemakanan 20% senaman

Saya rasa perjalanan diet yang agak panjang dan agak slow. Kalau orang 4 bulan diet mahu 20kg turun. Saya baru 10-11kg tapi tu pun dah bersyukur pada Allah swt kerana izinkan jugak saya ni menurunkan berat badan. Saya pun masih berusaha lagi ni. Jangan pernah putus asa. 80% pemakanan 20% senaman. Saya semua saya bedal tapi masih berpada-pada. Dan saya akan buat senaman hari-hari 15 minit 20 minit atau 30 minit. Goodluck semua.

Turun berat atas nasihat doktor

Alhamdulillah dengan izin Allah dapat jugak laki bini menurunkan berat badan. Biar lambat asal selamat. Suami 120kg-107kg. Isteri 90kg-77kg. Jaga pemakanan, senaman, saya sendiri pun seram tengok gambar masa baju hitam tu. Nasiblah timbul rasa kesedaran tu. Yela umur masing-masing baru 31 tahun tapi dah nampak tua pulak dari usia kan. Ada yang tanya tinggi berapa. Suami 190cm, saya hanya 158cm sahaja. Kalau saya tak pakai kasut tinggi gunung ni saya pendek sahaja. Saya tekad nak kurus sebenarnya atas saranan doktor sebab masa saya berat 90kg tu hormon saya tak stabil. Saya tak datang haid 5 bulan. So doktor sarankan turunkan berat badan pasti haid teratur balik. Memang benar kata doktor tu sekarang haid saya dah okay balik. Alhamdulillah rasa lebih sihat. Saya makan macam biasa saya tak diet ekstrem sangat. Makan suku suku separuh tapi air manis saya memang tak ambil sebab dalam pemakanan kita ada gula jugak kan. So tak minum manis pun tak apa. Mula-mula susah jugak nak buat lama-lama dah terbiasa. InshaAllah anda semua pun boleh. Disiplinkn diri. Jangan putus asa ok. Doa kepada Allah semoga dipermudahkan segala urusan.

Sumber: Eka Harun via Diet Suku Suku Separuh

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×