berita

Pasar Borong Terbesar Perancis Bakal Jadi Bilik Mayat Sementara Covid-19, Daging & Sayur Masih Dijual

April 5th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Pasar borong makanan terbesar di dunia iaitu Rungis Market yang terletak di Paris telah bertukar menjadi rumah mayat. Hal ini dikatakan berlaku ekoran daripada jumlah kematian akibat jangkitan Covid-19 yang semakin meningkat.

Bilik mayat sudah penuh

Menerusi laporan yang dipetik daripada Daily Mail, France’s Giant Rugis International yang berpusat di pinggir selatan Paris itu telah menyediakan satu dewan besar seperti rumah mayat yang akan memuatkan sebanyak 1000 keranda. Menurut Ketua Pihak Berkuasa Kesihatan Paris iaitu Jerome Saloman memberitahu bahawa pasar borong Rungis ini hanya akan dijadikan sebagai lokasi sementara penempatan mayat memandangkan bilik mayat yang berada di negara itu sudah melebihi kapasiti.

Difahamkan, hanya sebahagian kawasan pasar itu sahaja yang akan digunakan oleh pihak berkuasa untuk menempatkan kesemua keranda si mati sementara sebahagian kawasan lagi masih dibuka kepada orang ramai dan beroperasi seperti biasa dengan menjual daging, ikan dan sayur-sayuran.

Ahli keluarga boleh datang melawat

Sementara itu, Ketua Polis Paris iaitu Didier Lallement berkata mayat pesakit-pesakit covid-19 akan dihantar ke Rungis Market. Mereka juga turut menyediakan 2 bilik melawat buat ahli keluarga serta rakan rapat yang akan hadir untuk memberi penghormatan terakhir kepada si mati. Tambahnya lagi, mereka yang datang melawat perlu mengikuti segala arahan dan peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Menurut sumber, ini bukan kali pertama pihak berkuasa menggunakan sebahagian kawasan Rungis Market ini dijadikan sebagai rumah mayat tetapi inisiatif yang sama juga pernah dilakukan pada tahun 2003 akibat fenomena gelombang yang pernah melanda negara itu.

Sumber: Daily Mail, News Week

SKIP THIS AD ×