berita

Pastikan Korang Kekal Kemas Dan Berketerampilan Kat Tempat Kerja Dengan Etika Pakaian Ni Okay!

November 8th, 2018 | by Nisa Irina
Kini Trendy

Kredit: Forbes.com

Pagi-pagi sebelum pergi kerja, korang mesti fikir nak pakai baju apa kan. Bila bercakap tentang etika pemakaian, mesti korang anggap benda ni remeh betul tak? Sama ada korang suka ataupun tak, korang kena jaga imej korang di tempat kerja.

Penting untuk korang tahu sebenarnya menjaga penampilan diri mempengaruhi pandangan orang lain terhadap diri korang. Kalau kita tengok kebanyakkan syarikat di Malaysia mementingkan kod formal tetapi ada juga yang kasual.

Dress up macam mana pun, korang mesti nak nampak kemas dan bergaya kan. Jom admin tolong korang berfesyen yang confirm menampakkan korang macam wanita bekerjaya!

1. Kenali background syarikat

Kredit: Air Asia

Setiap syarikat pasti mempunyai dress code tersendiri. Ada yang formal dan juga yang kasual. Kalau korang kerja di syarikat yang dah sediakan baju korporat seperti di hospital, syarikat penerbangan atau syarikat telekomunikasi, beruntunglah sebab dah tak perlu fikir nak pakai baju apa hari-hari.

Kredit: Huffington Post

Tetapi kalau korang dapat kerja di syarikat tak ada baju korporat, maksudnya korang perlu tahu apa dress code di situ.

2. Pastikan saiz baju sesuai

Kredit: Pinterest

Apa yang admin cuba maksudkan di sini adalah pakaian korang tu jangan terlalu longgar atau terlalu ketat. Penampilan korang akan nampak a bit messy kalau pakaian korang terlalu besar atau longgar.

Kredit: Hijabi World

Lagi satu kalau korang pakai ketat sangat, kemungkinan pandangan orang lain akan menjadi kurang selesa. Korang mesti tak nak orang pandang buruk kan, jadi pakailah pakaian yang sesuai dan selesa. Bagi wanita muslim, sebaiknya korang menutup aurat dengan sempurna okay.

3. Rambut & tudung make sure kemas

Kredit: Cosmopolitan

Bagi korang yang freehair dan berambut panjang, pastikan rambut korang diikat dengan kemas atau buat sanggul ye. Tak nak pula nanti rambut korang nampak macam baru bangun tidur atau hantu Kak Limah hehe.

Sama juga untuk yang berhijab, pastikan korang gosok tudung elok-elok supaya tak nampak berdekut serta pakailah dengan kemas. Barulah nampak ciri-ciri wanita yang kemas dan berketerampilan.

4. Berhias biarlah berpada

Tak salah pun untuk orang perempuan ni berhias cuma bila kat tempat kerja biarlah berpada-pada ye sis. Jangan pula korang gatal-gatal nak pakai rantai besar-besar, anting-anting panjang berjela macam anak mami ehh.. kang tak pasal-pasal kena tegur dengan colleagues.

Kredit: Today Show

Cukuplah kalau korang pakai jam tangan untuk nampak professional dan gelang yang kecil.

5. Pilih seluar yang selesa

Kredit: Business Insider

Sesetengah syarikat swasta membenarkan korang memakai seluar jeans dan kasual jadi kat situ tak jadi masalah untuk korang. Jika tidak, korang perlulah memakai seluar slack yang sesuai iaitu tak terlalu ketat atau terlalu longgar.

Bagi yang memakai skirt, pastikan panjang skirt korang tu melebihi paras lutut. Jangan terlalu pendek sebab korang mesti tak nak tarik perhatian orang yang tak sepatutnya kan.

6. Elakkan warna terlalu terang

Untuk mengelakkan menjadi perhatian semua orang, sebaiknya korang memilih pakaian yang berwarna gelap atau earth tones.

7. Biar selesa berjalan

Kredit: SoliDrop

Bagi syarikat yang mempunyai dress code formal, korang perlu memakai kasut yang bertutup. Ada juga yang menyuruh pakai kasut kulit.

Jika ingin memakai kasut tumit tinggi, better korang pakai yang low heels berwarna gelap atau neutral. Sebabnya korang akan berjalan sepanjang hari jadi kasut yang korang pakai tu kenalah selesa. Nanti tak pasal-pasal kaki melecet kan dah susah..

Walau apapun dress code yang korang kena pakai, pastikan ia sentiasa kemas supaya korang dipandang sebagai seseorang yang berkerjaya. Bukan sahaja dekat tempat kerja tau, dekat luar pun korang kena sentiasa kemas. Admin harap tips ni berguna untuk korang!

 

Sumber: Money CrashersBusiness InsiderExecutive Style

Most Read Today