berita

‘Patik & Orang Muar Terhutang Budi’ – Respon Tenang Syed Saddiq Selepas TMJ Sumbang Bantuan RM300 Ribu

December 29th, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Sebelum ini, status Insta Story yang dimuat naik oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menjadi bualan hangat netizen yang ratanya ingin tahu siapa yang dimaksudkan baginda. Ada yang mendakwa status tersebut ditujukan kepada Syed Saddiq memandangkan Ahli Parlimen itu bernazar ingin membotakkan kepalanya jika berjaya mendapat sumbangan sebanyak RM200 ribu.

Artikel Berkaitan : ‘Tak Payah Nak Berlakon, Tak Payah Botakkan Kepala’ – TMJ Tegur Individu ‘Kaki Wayang’

Terbaru, Syed Saddiq mengucapkan terima kasih kepada TMJ kerana sikap prihatin baginda yang menderma sebanyak RM300 ribu buat anak-anak muda di Muar.

Semoga Allah merahmati Tunku dan keluarga

Patik menjunjung kasih kepada Tunku . Patik percaya kita perlu sentiasa membuat baik dan berlumba-lumba untuk membuat perkara yang baik. Patik juga ingin mengambil kesempatan menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada Tunku yang telah memudahkan urusan pembinaan hab anak muda Muar.

Dalam kapasiti kecil sewaktu menjadi Menteri Belia Sukan, projek anak muda sejumlah RM25 juta telah diluluskan selepas patik berjumpa dengan Perdana Menteri, Menteri Besar Johor dan dibentangkan dalam  kabinet.

Syed Saddiq turut berterima kasih kepada TMJ kerana meluluskan Projek Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC) untuk golongan anak muda Muar. TMIYC merupakan platform bagi komuniti belia menjalankan aktiviti rekreasi dan beriadah secara santai itu berkeluasan 6.07 hektar dengan menempatkan 11 kemudahan antaranya ‘Canopy Walk’, ‘Youth Centre’, ‘Mountain Bike Trails’, ‘Parkour Park’, ‘Kiddo Ground’ serta ‘Skatepro’. Dalam pada itu, Syed Saddiq turut memohon maaf jika perbuatan atau perkataannya menyingung perasaan TMJ dan keluarga.

Sangat matang dan berilmu

Sumber : Syed Saddiq

 

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×