berita

Patuh SOP, Gamuda Land Lakukan Penyerahan Kunci Kediaman Sesuai Dengan Norma Baharu

October 14th, 2020 | by Hanis Aliaa
Shout Out!

Baru-baru ini, Gamuda Land memulakan proses penyerahan kunci kediaman bagi fasa pertama di dua bandar baru mereka iaitu Gamuda Gardens, Sungai Buloh dan twentyfive.7, Kota Kemuning. 

Lucent Residence di twentyfive.7 merupakan sebuah kawasan perbandaran seluas 257 ekar yang meriah dan mandiri. Dilancarkan pada 2017, ia mempunyai 181 unit rumah superlink dan 98 unit rumah semi-d. Kalau korang nak tahu, 80% Lucent Residence yang dijual setakat ini sudah diserahkan kepada pemilik secara berperingkat.

Gamuda Gardens juga akan melakukan penyerahan kunci 562 unit rumah teres 2 tingkat Village Homes yang mempunyai akses terus ke waterfront village, clubhouse dan taman mesra haiwan peliharaan seluas 50 ekar. Rumah-rumah ini dilancarkan pada 2017 dan lebih daripada 83% telah dijual setakat ini dengan hanya unit terhad yang tersedia.

Perbandaran yang sesuai dengan gaya hidup norma baharu

Chong Leong Hwee (empat dari kiri) dan keluarga menerima kunci rumah mereka di twentyfive.7 dari Aw Sei Cheh (dua dari kanan), COO Gamuda Land.

“Kami sangat mengalu-alukan komuniti baru kami ke kediaman baru mereka yang sesuai dengan gaya hidup norma baharu. Pelanggan memberitahu kami bahawa mereka tidak sabar untuk pindah ke rumah baru terutama setelah mengalami perintah kawalan pergerakan (MCO). Ini memberi jaminan kepada kita sekali lagi bahawa dengan perancangan bandar yang baik seperti Gamuda Gardens dan twentyfive.7 yang mengambil kira gaya hidup mereka di luar tempat kediaman.” – Ngan Chee Meng, Ketua Pegawai Eksekutif Gamuda Land.

Sesuai dengan janji untuk memberikan lebih daripada tempat tinggal, kemudahan dan infrastruktur bandar sudah pun siap sebelum penyerahan kunci. Kedua-dua perbandaran mempunyai ciri Central Park mesra haiwan peliharaan di mana komuniti dapat berkumpul, landskap yang subur, ruang penempatan, jalur lebar berkelajuan tinggi, dan jalan masuk.

twentyfive.7 mempunyai Quayside Mall, sebuah pusat membeli-belah dengan konsep unik yang akan dibuka pada Disember 2020. Manakala, Gamuda Gardens mempunyai sebuah waterfront village di mana kemudahan kejiranan terletak.

Pemilik rumah di Gamuda Gardens juga akan menikmati kemudahan clubhouse di Gardens Wellness Club sambil melihat keindahan air terjun yang tak jauh dari rumah mereka. Kelab ini dilengkapi dengan kolam renang bersaiz Olimpik, gimnasium, 8 gelanggang badminton, bilik tarian dan sauna.

Di sebelah wellness club pula terdapat taman tema air Big Bucket Splash di mana kanak-kanak boleh bersuka-ria. Penduduk Gamuda Gardens juga berjalan kaki saja ke taman mesra haiwan peliharaan seluas 50 ekar atau untuk menikmati pemandangan dari waterfront village.

Susun atur kediaman yang fleksibel dalam suasana pinggir bandar

Selain memiliki akses terus ke central park, rumah di Gamuda Gardens dan twentyfive.7 menampilkan susun atur praktikal yang memudahkan penduduk menukar ruang kediaman mengikut gaya hidup masing-masing.

Tingkap dan lampu diletakkan secara strategik bagi memaksimumkan cahaya semula jadi dan pemandangan luar. Taman linier di kedua-dua bandar membolehkan lebih banyak akses ke kawasan hijau dan terbuka di kawasan kediaman.

Penduduk yang mempunyai haiwan peliharaan pasti suka dengan taman mesra haiwan peliharaan di kedua-dua bandar di mana haiwan kesayangan mereka akan mempunyai ruang untuk berlari-lari.

“Kami memahami penyerahan kunci merupakan proses penting bagi pelanggan kami kerana ini adalah kali pertama mereka melihat rumah impian mereka setelah berbulan-bulan menunggu. Kami gembira dapat menepati janji dan menyerahkan rumah buat masa ini apabila kami dapat memberi pelanggan sesuatu yang menarik untuk dinantikan, ” – Aw Sei Cheh, Ketua Pegawai Operasi Gamuda Land.

Proses penyerahan kunci secara norma baharu

Selebriti Yasmin Hani menerima kunci rumahnya di Gamuda Gardens dari Ngan Chee Meng, Ketua Pegawai Eksekutif Gamuda Land.

SOP akan diberikan dengan teliti sepanjang proses serahan kunci. Setiap pelanggan dinasihatkan untuk pra-tempah tarikh yang diinginkan melalui pplikasi Gamuda Land kerana slot pada setiap hari adalah terhad bagi mematuhi penjarakan fizikal.

Manual disediakan terlebih dahulu dan pegawai perhubungan ditugaskan untuk setiap pelanggan akan memberikan maklumat terperinci mengenai kediaman mereka. Bagi memastikan proses berjalan lancar, pelanggan boleh membuat tuntutan kecacatan melalui ciri ‘maklum balas’ aplikasi Gamuda Land dengan foto dan penerangan supaya pemilik rumah dapat yakin dengan ketelusan sepanjang proses tersebut.

The following two tabs change content below.

×