berita

Patutlah Anak Mengadu Sakit Dubur, Rupanya Diliwat Cikgu Sekolah – ’21 Murid Jadi Mangsa Seksual..’

January 12th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Tindakan jijik seorang guru muda yang tergamak meliwat 21 orang anak muridnya akhirnya terbongkar selepas salah seorang daripada mangsa mengadu sakit pada bahagian dubur.

Cikgu cabul murid

Sekadar gambar hiasan

Menurut sumber, suspek yang berusia 28 tahun itu merupakan seorang guru muzik di sebuah sekolah di Kota Batang, Indonesia telah melakukan gangguan seksual terhadap 21 kanak-kanak lelaki berusia 8 hingga 11 tahun. Lebih mengejutkan apabila mengetahui suspek telah melakukan perbuatan terkutuk sejak tiga tahun lalu di beberapa lokasi seperti rumah tumpangan, pantai dan kawasan sawah.

Suspek dikatakan mengumpan dengan menyediakan makanan ringan kepada mangsa supaya mereka boleh diajak keluar. Selepas berjaya, suspek mula meliwat dan meraba mangsa. Bagaimanapun, tindakan tersebut akhirnya terbongkar selepas salah seorang daripada mangsa mengadu sakit di bahagian dubur dan menceritakan kejadian tersebut kepada keluarganya.

Susulan daripada itu, suspek telah ditahan bagi membantu siasatan dan hasil siasatan awal mendapati suspek juga pernah menjadi mangsa gangguan seksual sejak kecil yang akhirnya membawa kepada satu ketagihan.

Sumber: Regional Kompas

SKIP THIS AD ×