Sekadar gambar hiasan
Benarlah orang kata, setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pasti diuji dengan pelbagai cabaran sehingga boleh menyebabkan hubungan yang dibina berakhir dengan perpisahan.
Baru-baru ini, seorang indivdu meluahkan rasa terkilan apabila mengetahui isterinya menyukai kaum sejenis (lesbian).
Isteri rupanya suka kaum sejenis
Sekadar gambar hiasan
Menerusi perkongsian di aplikasi X, lelaki yang tidak mendedahkan identiti itu mendakwa dia dan isterinya berkahwin pada Januari 2023 iaitu selepas hampir setahun berkenalan. Mereka berdua bekerja di syarikat yang sama tetapi jabatan.
Isteri aku ni ada seorang kawan baik perempuan dan aku tak kisah dia cakap diorang dah lama berkawan. Tapi minggu lepas, aku pakai laptop isteri aku. Sebab laptop aku tertinggal dekat kampung. Isteri aku lupa nak logout WhatsApp web dia. Dan aku ada perasan satu pinned chat dekat atas yang save as ‘Love’.
Bercerita dengan lebih lanjut, lelaki ini mendakwa dia menyangka gelaran ‘love’ tersebut adalah dirinya tetapi sangkaannya meleset. Tertanya ‘love’ tersebut adalah gelaran buat ‘kawan baik’ isterinya yang merupakan seorang perempuan.
Bila buka chat rupanya dia chat dengan orang lain. Aku scroll sampai atas. Remuk hati aku, bersayang-sayang. Macam-macam gambar, video diorang dalam tu. Aku tak sangka rupanya isteri aku minat dekat perempuan dan kawan baik dia tu rupanya ‘girlfriend’ dia.
Lebih meruntun hati apabila lelaki ini mendakwa dia tidak pernah menyetuh isterinya sejak berkahwin kerana wanita itu seringkali memberi alasan belum bersedia setiap kali diajak bersama.
Aku tak tahu nak react apa masa tu. Patut lah sepanjang kami kahwin, dia asyik tolak bila nak bersama. Sepanjang kami kahwin, belum pernah aku sentuh dia. Antara alasan dia adalah belum ready.
Aku sabar. Aku faham. Aku tak memaksa, aku bagi dia masa. Tepi kenapa dia buat aku macam ni. Aku rasa dipermainkan sangat-sangat.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya akui tidak faham mengapa masih ada manusia yang memilih untuk berkahwin sedangkan hati dan perasaan mereka tidak ikhlas. Dalam kesempatan itu, wargamaya berharap agar lelaki terbabit dapat menyelesaikan masalah rumah tangganya.
Sumber: X