berita

Pavilion Bukit Jalil Akan Dibuka 3 Disember Ini

October 2nd, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Bermula 3 Disember ini, Pavilion Bukit Jalil bakal menerima kedatangan pengunjung buat pertama kalinya bersempena dengan sambutan perayaan akhir tahun. Sebagai pusat gaya hidup terbesar serantau, banyak jenama antarabangsa telah memilih Pavilion Bukit Jalil sebagai tempat bagi mereka memasarkan jenama

Berkeluasan 1.8 juta kaki per segi dan mempunyai lima tingkat sudah pastinya memberikan kepuasan kepada pembeli dan sehingga kini, lebih daripada 1 juta kaki per segi telah disewa.

Gaya hidup metropolitan

Antara jenama yang telah menandatangani kontrak bersama Pavilion Bukit Jalil adalah Parkson, The Food Merchant, Harvey Norman, panggung wayang Dadi, Blue Ice Snow Park, Restoran Grand Harbour, Sports Direct, Toys ‘R US dan Uniqlo.

Pengarah Regal Path Sdn. Bhd, Datuk Lee Whay berkata Pavilion Bukit Jalil dibangunkan sebagai trade mark gaya hidup moden.

Kami telah membangunkan Pavilion Bukit Jalil untuk dijadikan sebagai tonggak baru gaya hidup metropolitan untuk rantau ini dan mengharapkan kedatangan pengunjung mencapai 2.5 hingga 3 juta pengunjung sebulan.

Dengan musim perayaan akhir tahun, kami sangat gembira dapat menyambut anda pada 3 Disember 2021 di Pavilion Bakit Jalil sebagai destinasi membeli-belah gaya hidup baru di mana para pembeli dapat menikmati banyak pilihan untuk berbelanja dan menikmati pelbagai makanan kegemaran.

Pusat membeli-belah ini akan menawarkan pengalaman unik buat pelanggan berikutan konsep pilihan Asia bertemakan Korea, Jepun, Taiwan, China, Thailand dan Malaysia. Para pelanggan juga boleh membeli kraf tangan, aksesori kecantikan, fesyen, hadiah, produk rumah, cenderahati dan banyak lagi.

Beri pengalaman berharga buat pembeli

Sebagai sebahagian daripada Pelan Induk Bukit Jalil, peningkatan infrastruktur di sekitar Pavilion Bukit Jalil hampir siap dan akan memberikan akses yang lebih baik dan pengalaman kepada pembeli. Pelan induk merangkumi jejambat yang baru siap menuju ke Puchong melalui Lebuhraya Bukit Jalil dan dibesarkan jalan raya menjadi 6 lorong.

Pusat beli-belah ini dihubungkan ke Lembah Klang melalui MEX, MRR2, KESAS, Lebuhraya Bukit Jalil, Lebuhraya Sungai Besi, KL – Lebuhraya Seremban, Lebuhraya Damansara – Puchong yang akan menjadikan Pavilion Bukit Jalil sebagai tempat menghubungkan. Selain itu, terdapat juga pusingan U terbaru yang boleh digunakan oleh pejalan kaki sebagai akses untuk masuk ke terowong tempat letak kereta bawah tanah. Pavilion Bukit Jalil juga mempunyai 12 pintu masuk yang akan menerima anggaran 1.9 juta pelanggan.

Apa yang lebih mengagumkan, Pavilion Bukit Jalil juga menawarkan ruang acara besar yang menarik seperti PIAZZA mempunyai 28,000 kaki persegi sebagai pusat hiburan dan acara luar. Manakala, Centre Court seluas 4,500 kaki persegi diguanakan untuk mengadakan perayaan dan pelancaran besar. Akhir sekali, Exhibition Centre seluas 47,000 kaki persegi akan menjadi tempat pilihan bagi pengguna.

SKIP THIS AD ×