berita

Pecah Masuk Kedai Demi Kad Pokemon & Yu-Gi-Oh Bernilai RM37 Ribu

April 1st, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Demi membayar hutang, seorang pemuda dari Tokyo, Jepun sanggup ambil risiko apabila dia memecah masuk premis bangunan yang menyimpan kad edisi terhad siri animasi Pokemon dan Yu-Gi-Oh.

Mengambil 80 keping kad yang bernilai satu juta yen

Sekadar gambar hiasan

Menerusi laporan yang dipetik daripada NHK News Web, Kensuke Nakanishi, yang berusia 28 tahun itu, telah memecah masuk bangunan tersebut pada kira-kira jam 5 pagi ketika individu yang lain masih tidur nyenyak. Niatnya hanyalah ingin menjual semula kad-kad yang ingin diambilnya bagi mendapatkan wang namun, dia ditangkap oleh polis Tokyo.

Nakanishi, mengikat tali pada hujung bumbung bangunan dan hujung tali terbabit diikat ke badannya. Tujuan mengikat tali terbabit adalah kerana untuk membolehkan dirinya turun di dinding bangunan tersebut. Kemudiannya, dia berpaut pada tali dan menuju ke tingkat enam bangunan sebelum memecahkan cermin untuk masuk ke dalam.

Lelaki tersebut sempat mengambil 80 keping kad daripada animasi Pokemon dan Yu-Gi-Oh yang bernilai satu juta yen (kira-kira RM37,649) dengan wang tunai 260,000 yen (kira-kira RM9,789). Walau bagaimanapun, kegembiraannya hanya sekejap sahaja kerana dia telah ditangkap kurang daripada seminggu lepas kejadian tersebut.

Tangkapan tersebut dibuat berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang berjaya dikesan oleh pegawai penyiasat. Ketika disoal siasat, dia tidak gayat kerana ketika di sekolah menengah dia aktif dalam kelab mendaki tembok (rock climbing).

Sumber : NHK News Web 

SKIP THIS AD ×