berita

Pedas Jangan Minum Air Sejuk, Ini 5 Sebab Susu Lebih Berkesan Caras Rasa Pedas Melampau!

August 20th, 2019 | by Asyraf Khalib
Sponsored Post

Sekarang ni kan tengah jadi trend kat Malaysia semua makanan pun nak pedas. Ayam goreng pedas, mi segera pedas, burger pedas, malah pisang goreng pun kalau boleh nak kena pedas jugak.

Dan admin yakin sebenarnya makanan pedas ni dari dulu lagi dah jadi favourite rakyat Malaysia. Cuma sekarang je jadi fenomena pakat berebut buat challenge. Tapi, korang tahu tak macam mana nak hilangkan rasa pedas melampau dengan cepat?

1. Minum air sejuk hanya tambah derita

Haaa… kalau korang nak tahu, dalam makanan pedas sebenarnya ada sejenis kandungan dipanggil capsaicin dan kandungan inilah yang menghasilkan sensasi panas terbakar pada lidah sebaik saja ia memasuki mulut.

Malangnya, air sejuk tak mampu bertindak balas dengan capsaicin ni. So, kalau korang minum air sejuk sampai kembung perut sekali pun, rasa pedas tak akan hilang.

Sebaliknya ia hanya menyebabkan korang lagi menderita kepedasan sampai berpeluh dan tak selesa satu badan kerana air sejuk bertindak menyebarkan sebatian capsaicin hingga ke saluran tekak. Perit weh!

2. Pedas bukan ‘rasa’ tapi sebenarnya kesakitan

Ramai yang selalu beranggapan bahawa pedas tu adalah sebahagian daripada rasa pada lidah, tapi sebenarnya salah tau. Reseptor rasa pada lidah kita tu cuma ada manis, masin, masam dan pahit je. Kalau korang nak tahu, sensasi pedas ni sebenarnya terhasil akibat berlakunya iritasi pada permukaan kulit sekaligus mengaktifkan reseptor sakit yang terdapat pada lidah dipanggil TRV1. – sumber

Dalam erti kata lain bila korang makan pedas, permukaan lidah korang sebenarnya sedang terbakar atau dicederakan dengan sengaja. Tapi, taklah membahayakan pun. Cuma kemungkinan besar bibir jadi merah dan membengkak lah.

Secara saintifiknya, apabila reseptor pada lidah bergabung dengan capsaicin, otak akan menghantar signal pedas kepada otak melalui saraf trigeminal dan vagus. Reseptor ini juga wujud pada bahagian membran mukus yang menyebabkan seseorang itu boleh mengalirkan air mata serta air hidung apabila mereka makan benda yang kaya dengan capsaicin. – sumber

3. Sebaiknya ambil makanan atau minuman ‘tidak polar’

Menurut Profesor Paul Bosland dari New Mexico State University Chile Pepper Institute, selepas makan makanan pedas korang dinasihatkan untuk mengambil makanan atau minuman yang terdiri daripada bahagian zat ‘tidak-polar’. Ini kerana, capsaicin dalam makanan pedas yang terdiri daripada molekul ‘tidak polar’ hanya akan larut dengan bantuan zat ‘tidak polar’ yang lainnya. – sumber

Memandangkan air dikategorikan sebagai zat polar, ia secara jelas tidak dapat menghilangkan rasa pedas di mulut. Sebaliknya, hanya mampu menyebarkan lebih banyak rasa pedas dan terbakar di seluruh bahagian mulut. Paling tragis, sensasi terbakar dan pedas ini juga akan membuatkan korang semakin haus.

4. Susu paling berkesan untuk caras pedas!

Untuk pengetahuan korang, penyelamat yang paling ideal untuk membantu menghilangkan rasa pedas ialah susu. Ini kerana susu mengandungi protein casein serta lemak yang bersifat ‘tidak-polar’ dan ia terbukti boleh melarutkan capsaicin agar tidak terus melekat pada lidah atau mulut. – sumber

Dan apa yang paling menarik, kalau korang kepedasan tahap melampau sekalipun, korang tak perlu bersusah-payah minum air banyak-banyak. Dengan hanya berbekalkan segelas susu je, sensasi pedas tu akan mula berkurangan serta-merta. Pendek kata macam magiklah!

5. Bantu mengelakkan pedih perut

Dr. Razinah Sharif @ Mohd Sharif, Pakar Pemakanan dan Genetik serta Toksikogi Pemakanan, Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia, menjelaskan bahawa makanan pedas tidak secara langsung melukakan perut, namun ia mengandungi capsaicin yang boleh menyebabkan inflamasi (radang) dan kerengsaan pada perut serta saluran gastrointestinal manusia. – sumber

Haa.. Kalau korang nak tau, selain menghilangkan sensasi pedas, susu juga membantu perut korang rasa lebih selesa selepas mengambil makanan pedas. Ini kerana susu membantu menyerap capsaicin sekaligus melindungi perut daripada mengalami iritasi atau kejutan yang berpunca daripada makanan pedas. – sumber

So, lepas ni kalau korang makan pedas, minum je susu sebab admin pasti korang confirm boleh sambung buat kerja dengan happy tanpa perlu risau masalah pedih perut lagi.

Jangan takut, #PedasKitaCaras !

Korang tak perlu takut untuk makan makanan pedas sebab ia ada manfaat yang tersendiri seperti boleh membantu meningkatkan sistem imunisasi tubuh serta dapat merangsang buah pinggang, paru-paru dan jantung kita untuk bekerja dengan lebih baik.

Jadi, make sure dekat rumah korang sentiasa ada bekalan susu Dutch Lady sebab selain rasa susunya yang lazat, ia juga sangat membantu di saat-saat kecemasan untuk hilangkan derita pedas korang tu.

Paling best, waktu tengah layan makanan pedas tu dapat pulak minum susu Dutch Lady yang sejuk, fuh… memang onz weh! Haaa… dan kalau korang nak minum susu Dutch Lady perisa apa pun sebenarnya boleh, sebab semuanya efektif dan mempunyai manfaat yang sama.

Ingat tau, pecahkan gelas jika terlampau pedas sebab pedas kita boleh caras dengan bantuan susu Dutch Lady! Kalau korang nak tahu lebih banyak info tentang manfaat susu Dutch Lady, korang boleh layari laman sesawang Dutch Lady sekarang juga.

SKIP THIS AD ×