berita

Pedih Bila Apply Skincare? 4 Punca Muka Korang Rasa Macamtu

August 7th, 2019 | by Farisha Hazira
Kini Trendy

Ok ke kalau kita pakai skincare apa-apa lepas tu muka kita start rasa pedih? Normal ke bila kita rasa macam tu? Mesti ramai mula takut kan bila pakai cleanser ke moisturizer ke, muka start pedih? Jangan risau hari ni Sis Katy nak terangkan pula dekat korang kenapa muka korang react macam tu dengan skincare yang korang pakai.

1. Ingredients Tak Sesuai Dengan Kulit

Ada certain ingredients dalam produk tak sesuai dengan muka kita tu yang buat korang rasa pedih. Bila muka korang start irritated disebabkan skincare tu, better korang stop lah pakai. Takut nanti jadi lagi teruk muka korang.

2. Ada Irritating Ingredients

Ada certain orang boleh pakai skincare yang ‘kuat’ sikit, ada yang tak sebab muka dia sensitive. Contoh ingredients yang irritating ialah alcohol, essential oils dan fragrance. Lain kulit lain effect dia sebenarnya. Kalau kulit korang sensitive, better korang beli skincare yang bebas alcohol dan fragrance macam Simple. Check ingredients betul-betul sebelum beli sesuatu produk tu.

3. Masalah Skin Barrier

Ada certain orang dia dah pakai macam-macam sampai skin barrier dia dah terganggu. So, bila skin barrier ni terganggu, muka dia akan jadi lebih sensitive dari biasa. Korang pakai produk apa pun muka akan rasa pedih. Korang stop dulu pakai skincare tu dan repair semula skin barrier korang. Bila muka dah ok baru pakai semula, tapi kalau still sama je korang stop terus pakai produk tu ok?

4. Korang Pakai Acids

Korang kena pastikan basic skincare korang dah kukuh dulu baru boleh pakai acids (active ingredients). Kalau belum, jangan pakai! Ada certain orang react differently according peratusan (%) active ingredients tu sendiri. Ada orang sakit bila pakai acids yang % tinggi. Kalau sakit better korang stop dan beli % yang rendah pula okay?

Sebelum beli sesuatu produk tu check dulu ingredients dia. Tu paling penting. Tak normal bila kita rasa pedih pakai produk tu.

Korang jangan lupa untuk follow Facebook Kini Trendy By Ohbulan dan Instagram @kinitrendy untuk mengikuti perkembangan fesyen, mekap dan lifestyle wanita yang trendy dan terkini.