Seorang pegawai forensik berkongsi pengalaman mengendalikan kes-kes berat yang bukan sahaja mencabar emosi malah turut memberi kesan terhadap kesihatan tubuh badan.

Artikel Berkaitan: Isteri ‘Fed Up’ Dalam Rumah Tangga, Fail Cerai Sebab Suami Tak ‘Flush’ Tandas

Artikel Berkaitan: Abang Didakwa R*gol Adik Selama Empat Tahun, Ibu Bapa Nafi & Pilih Buang Mangsa Daripada Keluarga

Kes berat

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, individu berkenaan difahamkan seorang pegawai yang telah berkhidmat selama lima tahun dalam bidang Penyiasatan Forensik (CSI).

Kongsinya, dia kerap mengalami sakit kepala yang melampau khususnya apabila mengendalikan kes-kes berat seperti pembunuhan kejam.

Saya sebahagian daripada pasukan CSI, sebagai pegawai forensik, kalau kes berat seperti pembunuhan tiga kali ganda, tikam 14 atau rangka manusia, balik mesti akan migrain.

Pernah tiba-tiba sakit perut ketika berada di kawasan pembunuhan, pergi tandas berak berdarah.

Bagaimanapun, pegawai forensik berkenaan memaklumkan bahawa dia mengambil inisiatif dengan mengamalkan mandian limau dan garam untuk membersihkan diri selepas tamat waktu bekerja.

Menurutnya, sesuatu kes akan sentiasa berlegar di fikiran selagi belum selesai terutama yang melibatkan penemuan rangka manusia yang tidak sempurna.

Sekarang dah pandai sikit, kalau ada kes berat balik kena mandi limau, mandi garam siap-siap.

Bukan apa, nak hilangkan bau darah. Selain itu, boleh juga buang aura negatif.

Selagi kes belum selesai, memang akan selalu terfikir. Terutama kes rangka manusia yang dijumpai tak sempurna.

Sumber: Threads @ct_aacute