berita

Pegawai Polis Disyaki Rogol Ibu Tunggal Di Bilik IPD

June 9th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Seorang pegawai polis telah ditahan selepas disyaki merogol seorang wanita berusia 27 tahun di sebuah bilik di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Kota Bharu, Kelantan.

Mangsa ditahan sebab dadah

Memetik laporan Harian Metro, mangsa yang juga merupakan seorang janda bersama bekas suaminya sebelum ini telah direman di lokap oleh Balai Polis Pengkalan Chepa selama seminggu sehingga Jumaat ini selepas disyaki terlibat dalam kes dadah.

Hasil serbuan berkenaan, polis merampas dadah jenis syabu dan pil kuda. Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 39B ABD 1952, Seksyen 39A (1) ADB 1952 dan Seksyen 15 (1) ADB 1952.

Berikutan daripada itu, suspek (pegawai penyiasat) berkenaan telah dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan kes dadah ini. Menurut sumber, suspek yang berusia 29 tahun itu didakwa membuka pakaian mangsa. Bukan itu sahaja, suspek kemudian dipercayai memaksa wanita itu untuk melakukan seks oral sebelum melakukan persetubuhan.

Berdasarkan keterangan mangsa, kejadian berlaku semasa wanita itu dibawa keluar dari lokap oleh suspek dan dibawa ke bilik saspek di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Kota Bharu.

Semasa berada di bilik itu, suspek menyatakan bahawa kesnya boleh selesai sekiranya mangsa menuruti kehendaknya. Suspek kemudian bertindak memaksa mangsa melakukan oral seks dan persetubuhan.

Difahamkan, suspek kini ditahan reman selama empat hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan 377C Kanun Keseksaan.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×