
Isteri kepada seorang tahanan didakwa dicabul oleh pegawai polis narkotik di dalam sebuah kereta di Pasir Mas, Rabu lalu.
Didakwa cabul wanita

Memetik laporan Harian Metro, insiden yang berlaku sekitar jam 9 malam itu bermula apabila mangsa yang berusia 20-an, menghubungi pegawai berkenaan.
Tujuan panggilan tersebut adalah untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai status suaminya yang sedang ditahan atas kesalahan berkaitan dadah.
Pegawai polis yang berusia 30-an itu kemudiannya meminta mangsa untuk bertemu secara bersemuka di sekitar bandar Pasir Mas.
Walau bagaimanapun, pertemuan tersebut berakhir dengan tindakan luar kawalan apabila pegawai itu didakwa mencabul mangsa di dalam sebuah kereta.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat ketika ditemui mengesahkan kejadian dan siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 345 Kanun Keseksaan.
Sumber: Harian Metro








