berita

Pegawai Syed Saddiq Buat Laporan Polis, Dakwa Dikasari SPRM

June 6th, 2020 | by faris
Kini Trending

Pegawai kepada Syed Saddiq, Siti Nurul Hidayah mendakwa telah dikasari, ditengking dan dipanggil bermacam nama ketika disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Dakwaan itu dibuat menerusia satu media dan video berkenaan dimuat naik di laman sosial malam semalam.

Dipanggil jadi saksi kes kehilangan wang

Dakwa Nurul Hidayah, kejadian berkenaan berlaku pada 4 Jun lalu ketika dia dipanggil SPRM untuk disiasat berhubung kes kehilangan wang tunai RM250 ribu milik Ahli Parlimen Muar itu. Di awal sesi soal siasat, Nurul Hidayah turut mendakwa pegawai penyiasat telah mengambil telefon bimbit sebelum menengking dan membaling ke arahnya.

Wanita berkenaan turut mendakwa pegawai anti-rasuah menjerit kepadanya dan memanggilnya ‘babi’ dan ‘bodoh’. Malahan, dakwa Nurul Hidayah, salah seorang dari pegawai mengancam akan menamparnya dengan tangan pegawai itu berada hampir wajahnya.

Nurul Hidayah juga mendakwa salah seorang pegawai telah menendang kerusi yang didudukinya. Selain itu, dia juga dipaksa untuk berdiri di sebelah kaki dengan kedua tangannya diangkat selama 30 minit semasa siasatan. Dia juga mendakwa dia dilarang berjumpa dengan peguamnya yang berada di lobi.

Nurul mengatakan bahawa dia telah pergi ke SPRM, untuk memudahkan siasatan sebagai saksi, tetapi sebaliknya diperlakukan seperti suspek.

Petang semalam, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir membuat kenyataan mendakwa Perikatan Nasional memperguna SPRM untuk memberi tekanan kepada ahli politik pembangkang. Ketua Penerangan Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Ulya Aqamah Husamuddin mengesahkan bahawa Tun Mahathir merujuk kepada Nurul.

Sumber: Medaline Chang, Free Malaysia Today

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×