Peguam kepada anak Shah Rukh Khan, Aryan Khan mendakwa bahawa penahanan anak guamnya oleh pihak berkuasa adalah melanggar jaminan Perlembagaan kerana tertuduh tidak diberikan sebarang alasan mengenai penangkapan tersebut, lapor laman berita NDTV semalam.
Artikel berkaitan: Simpati Lihat Nasib Anak Shah Rukh Khan, Hrithik Roshan Tulis Surat Terbuka Buat Aryan – ‘Percayalah Kamu Akan Jadi Lebih Baik Daripada Mereka Semua!’
Artikel berkaitan: Alami Tekanan Sejak Anak Ditahan, Shah Rukh Khan Tidak Makan & Tidur – ‘Dia Sangat Kecewa’
Artikel berkaitan: Demi Anak Kesayangan, Shah Rukh Khan Lantik Peguam Termahal Untuk Bela Nasib Aryan
Tiada sebarang bukti
Menerusi laporan The Print, Mukul Rohatgi berkata di mahkamah semalam bahawa tiada sebarang bukti (dadah) ditemui bersama Aryan ketika tangkapan dilakukan.
Tiada individu boleh ditahan tanpa memberitahu alasan penangkapannya dan individu tersebut berhak untuk berunding dengan peguam pilihannya.
Menurut Biro Kawalan Narkotik (NCB) pula, mereka mempunyai bukti daripada perbualan aplikasi WhatsApp pada telefon bimbit milik Aryan. Perbualan tersebut didakwa memberikan bukti yang cukup untuk mengaitkan penglibatan Aryan dengan ‘urus niaga dadah secara haram’ selain kaitannya dengan kartel dadah antarabangsa.
Telefon berada pada mereka (NCB). Mereka memaklumkan mengenai perbualan WhatsApp, namun saya tidak berupaya untuk melakukan apa-apa kerana tidak tahu apa yang mereka ada.
Terbaru, Mahkamah Tinggi Bombay melanjutkan tempoh hukuman penjara kepada Aryan selama satu malam lagi
Melanjutkan tempoh hukuman
Terdahulu, isteri kepada Shah Rukh Khan iaitu Gauri Khan melarang tukang masaknya menghidangkan sebarang juadah manisan ketika menyambut Deepavali sehinggalah Aryan bebas daripada penjara. Gauri turut membuat hajat untuk Aryan dan berdoa ketika perayaan Navratri pada 7 Oktober yang lalu.
Sumber: The Print