Susulan khabar angin mengenai penahanan Cut Tari & Luna Maya selepas bebasnya Ariel Peterpan seperti yang dilaporkan semalam, peguam kepada Cut Tari, Hotman Paris Hutapea memohon agar apa sahaja bentuk tuduhan terhadap kliennya dihentikan.
“Ini sudah melanggar Hak Asasi Manusia. Mana ada kes perbicaraan yang digantung selama 2 tahun setengah? Apa bezanya orang yang telanjang di rumah seorang diri dengan orang yang telanjang di Bundaran (Bulatan) Hotel Indonesia?,” kata peguam memberikan hujahnya.
Tambahnya lagi, “Sepatutnya pihak pendakwaraya lebih menumpukan kes ini untuk mendakwa orang yang menyebarkan bahan pornografi kepada awam, berlainan dengan Cut Tari, dia adalah mangsa keadaan!”
Pada itu, Hotman bertegas akan terus membela kliennya daripada sebarang pendakwaan.
“Kalau pihak pendakwaraya mendiamkan diri, kita akan mengambil inisiatif untuk bertindak. Sekiranya mereka meneruskan hasrat, kita akan tetap lawan di mahkamah,” tegasnya.





![[VIDEO] ‘Saya Tak Boleh Sambut Halloween Sebab Saya Islam, Nanti Dapat Dosa’ – Jebat Jayden](https://asset.ohbulan.com/2026/11/jebat-jauden2.jpg)
![[VIDEO] Dr Fie Sah Bergelar Isteri Kapten Amrul, Terima Mas Kahwin Satu Dinar Emas](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2705.jpeg)
![[VIDEO] ‘Kena Jadi Baik & Ramah Sebab Mereka Datang Dari Jauh’ – Syed Saddiq Nasihat Ayden Santuni Masyarakat](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2675.jpeg)
![[VIDEO] Syed Saddiq Dedah Hati Mula Berpaut Pada Bella Astillah Ketika Di Sabah – ‘Saya Nampak Sisi Dia Yang Berbeza’](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2674.jpeg)