berita

Peguam Sediakan Borang Undang-Undang, Ustazah ‘Mulia’ Maafkan Si Ibu

February 25th, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Terkini, peguam yang tampil menawarkan khidmat guaman percuma kepada ustazah yang disuruh merangkak dalam kelas telah menghubungi pihak sekolah. Pihak sekolah bersama ustazah tersebut telah memutuskan agar tidak memanjangkan lagi isu tersebut. Namun bagi peguam Nurhidayaty, dia tidak mahu si ibu hanya sekadar mengucap maaf seperti kebiasaannya kepada ustazah berkenaan, tetapi perlu menandatangani beberapa dokumen penting.

Perlu tandatangan dokumen undang-undang

Saya telah menghubungi guru yang berkenaan berserta penyelia sekolah dan telah memberikan nasihat undang-undang.

Saya hormati keputusan guru dan sekolah untuk menyelesaikan perkara ini dengan cara baik dan tidak mahu berpanjangan. Namun sebagai pengajaran supaya insiden ini tidak berulang, saya telah mencadangkan agar pihak sekolah menyediakan beberapa dokumen penting yang perlu ditandatangani oleh si ibu. Jangan sekadar ucapan maaf seperti musim raya. Perlu disertakan dengan dokumen undang-undang. Saya telah hulurkan diri untuk pantau proses ini.

Ibu bapa makin hilang adab

Apabila wartawan tanya saya apakah perasaan puan apabila melihat video tersebut, saya katakan ada dua perkara bermain di fikiran saya:

Pertama –

Bertapa nilai seorang pendidik iaitu guru tidak dipandang tinggi oleh masyarakat yang semakin hari semakin hilang adab. Bahkan sikap ibu ini yang meminta guru merangkak adalah sangat tidak cerdik dan keanak-anakkan. Saluran yang betul untuk membuat aduan adalah dengan mengisi borang aduan disekolah dan laporkan kepada guru besar.

Kedua –

Ini bukan kes pertama guru guru sekolah diserang oleh ibu bapa yang tak faham-faham bahawa kawasan sekolah ada kawasan no zone. High time kepada Pihak Kementerian Pendidikan untuk mengedarkan pekeliling khas kepada ibu bapa . Untuk ajar ibu bapa bahawa kawasan sekolah terutama kelas dan bilik guru adalah NO ZONE kepada mereka.

Tingkatkan keselamatan dalam sekolah

Ketiga –

Keselamatan di sekolah agama perlu diteliti oleh Jabatan Agama Islam dan juga Kementerian Pendidikan. Bukan sahaja keselamatan guru-guru terbabit dalam risiko. Lihat video bagaimana si ibu, orang luar, boleh masuk dengan sesuka hati di dalam kelas yang penuh dengan kanak-kanak sekolah. Kalaulah ibu tersebut seorang yang mengalami tekanan dan bawa senjata tajam? Saya tidak dapat bayangkan. Lihat betapa expressi muka kanak-kanak dalam kelas terbabit confused dan takut pun ada. Sampai ada yang turun merangkak bersama.

Saya ucapkan terima kasih kepada netizen yang membantu saya mendapatkan no tel ustazah ini. Kami telah berhubung dan akan terus buerhubung sehingga isu in selesai.

Nurhidayaty Maidin.
Tetuan Nur Maidin & Co
Peguambela dan Peguamcara
03-55411129/03-55450171

Sumber: Nurhidayaty Maidin

The following two tabs change content below.