berita

Peguam Syarie Sedia Beri Kerjasama Pada Penerbit Filem

September 27th, 2012 | by Ai
Filem Antarabangsa

Umum tahu tentang kontroversi yang melanda pelakon, Vanidah Imran dan juga suaminya, Rashidi Ishak.

Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba keluar kenyataan dari Mufti Perak yang menyatakan bahawa Rashidi dan Vanidah digesa agar merujuk pihak jabatan agama berkenaan adegan mereka didalam filem arahan Afdlin Shauki, “Untuk Tiga Hari”.

Tidak cepat melatah dengan berita itu, Vanidah dalam kenyataannya terhadap mStar Online memberitahu, “”Saya tidak nampak sebarang sebab mengapa saya dan Rashidi perlu ke pejabat agama untuk merujuk status kami sebagai suami isteri kerana lafaz cerai tidak pernah berlaku.”

Perkara ini berlanjutan sehingga menarik mata dari Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), yang menawarkan bantuan sebagai penasihat jika ada filem yang berkenaan hukum-hakam agama mahu diterbitkan.

Dalam kenyataan terbaru Presiden PGSM kepada Malaysia Kini, Musa Awang memberitahu bahawa pihaknya bersedia untuk menawarkan kerjasama dengan Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PPFM), Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN) serta penerbit filem demi kebaikan bersama.

Langkah ini dilihat mampu mendidik masyarakat tentang agama melalui filem-filem sebagai medium utama.

SKIP THIS AD ×