berita

Peguam Tawar Khidmat Guaman Percuma Kepada Ustazah ‘Dipaksa’ Merangkak

February 25th, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Di media sosial ketika ini viral video seorang ustazah yang dikatakan disuruh merangkak oleh seorang ibu yang tidak puas hati anaknya didenda ustazah tersebut. Tindakan yang tidak wajar dilakukan ibu berkenaan telah mengundang kemarahan golongan pendidik dan juga masyarakat.

Seorang peguam tampil menawarkan diri untuk memberi bantuan guaman secara percuma. Menerusi Facebook Nurhidayaty Maidin, dia mengecam tindakan ibu pelajar tersebut sambil menyifatkan ianya menjatuhkan maruah seorang guru. Jika terdapat masalah antara ibu dan ustazah tersebut, mereka sepatutnya menggunakan saluran yang betul untuk menyelesaikan masalah.

Bagi perkhidmatan guaman percuma

https://www.facebook.com/ummiAlqayyum/videos/2785529944817740/?d=n

Berkenaan video seorang guru merangkak. Penting! Tolong tag video pada mak budak yang rekod ni.

Tolong kenalkan saya dengan ustazah ini. Saya ingin bagi free legal advise dan mungkin servis sebagai peguam seterusnya. Melampau mak bapak sekarang. Level tapir yang tak boleh diajar.

Seorang guru kau jatuhkan maruah begitu sekail. Apa jua alasan , guru ini tidak patut di perlakukan sedemikian. Ada saluran lebih baik. Ustazah ini bawah Jabatan Agama Islam Negeri. Tolonglah penasihat undang undang Jabatan ambil berat kes begini dan lindungi guru guru. PUU Jabatan Agama mana…

Menurutnya, dia sangat tidak berpuas hati dengan tindakan yang dilakukan wanita tersebut yang sewenang-wenangnya mencalarkan imej seorang pendidik. Apa jua masalah diantara mereka, gunakan saluran yang betul untuk menyelesaikan masalah. Oleh sebab itu, dia secara sukarela ingin memberi perkhidmatan guaman percuma kepada ustazah berkenaan.

Tolong ambil berat kes ini

Sebelumnya saya sudah upload video tetapi kerana pembaca facebook saya pohon delete mungkin terlampau sensitif , maka saya delete. Tepuk dahi….

Susah hampa ni. Video tu adalah bukti sebenarnya. Harap ada yang save. Sensitif tak bertempat. Sekali lagi saya pohon tagkan saya atau kenalkan saya kepada ustazah yang telah di minta untuk merangkak oleh seorang ibu.

Bagi saya ini adalah tindakan yang melampau dari ibubapa murid hatta apa jua kesalahan guru tersebut. Ada saluran yang boleh diambil dengan cara betul dan sesuai.

Kepada penasihat undang-undang Jabatan Agama Islam Negeri, pohon ambil berat kes ni. Ustazah tersebut boleh hubungi saya di:

Nurhidayaty Binti Maidin, Tetuan Nur Maidin & Co, Peguambela & Peguamcara 03-55411129/03-55450171

Tambahnya lagi, dia berharap agar dapat bertemu dengan ustazah berkenaan untuk membincangkan lagi isu ini dengan lebih lanjut. Tindakan yang melampau oleh seseorang ibu bapa ke atas guru yang merupakan pendidik boleh didakwa di mahkamah.

Sumber: Nurhidayaty Maidin

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×