berita

Pejabat Kesihatan Daerah Seberang Perai Tengah Cari Tetamu Hadir Kenduri Kahwin Fatin & Azlan

September 8th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Di Pulau Pinang, Pejabat Kesihatan Daerah Seberang Prai Tengah sedang mengesan kesemua tetamu yang hadir di sebuah majlis akad nikah di Bukit Indera Muda di Seberang Prai baru-baru ini.

Menerusi laporan Penang Kini, difahamkan ada segelintir tetamu tidak scan QR Code MySejahtera semasa menghadiri majlis tersebut.

Ada tetamu tidak scan

Berdasarkan laporan, tuan rumah telah menyediakan QR Code MySejahtera buat tetamu yang datang ke majlis tersebut. Namun begitu, masih terdapat segelintir individu yang tidak bertanggungjawab dan gagal mematuhi SOP. Mereka dipercayai tidak scan MySejahtera.

Salah seorang positif Covid-19

Susulan daripada itu, Pejabat Kesihatan Daerah Seberang Prai Tengah telah mengeluarkan notis di mana semua tetamu yang telah menghadiri majlis tersebut perlu menghubungi bilik gerakan PKD SPT. Hal ini kerana dipercayai salah seorang tetamu yang hadir telah didapati positif Covid-19.

Perangai manusia, degil!

Sumber: Penang Kini

SKIP THIS AD ×