berita

Pejabat Peguam Negara Putuskan Neelofa, Suami Tidak Didakwa Rentas Negeri

May 21st, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Pejabat Peguam Negara telah memutuskan untuk tidak mengenakan tuduhan rentas negeri terhadap selebriti popular, Noor Neelofa Mohd Noor bersama suaminya Muhammad Haris Mohd Ismail.

Artikel berkaitan : Polis Siasat Dakwaan Neelofa Tak Pakai Pelitup Muka Pergi Mahkamah

Artikel berkaitan : ‘Kalau Pakai Niqab, Mask Pun Kena Pakai’ – Netizen

Artikel berkaitan : Neelofa, Haris Mengaku Tidak Bersalah Langgar SOP Di Nilai

Neelofa bersama suaminya tidak akan didakwa rentas negeri berdasarkan keputusan yang telah dikeluarkan.

Neelofa tidak dikenakan tuduhan rentas negeri

Menurut Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman, keputusan telah dibuat berdasarkan kajian serta keterangan yang diberikan berdasarkan kes berkenaan.

Isu rentas negeri membabitkan Neelofa dan suaminya tidak dibawa ke mahkamah selepas mengambil kira kajian dilakukan Pejabat Peguan Negara. Kajian dan keputusan itu telah dibuat terlebih dulu berdasarkan keterangan yang ada.

Pasangan tersebut dituduh di Mahkamah Majistret Seremban atas kesalahan mereka tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Tak ada mengena dengan isu rentas negeri

Walau bagaimanapun, Neelofa bersama suaminya mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan dan telah dibenarkan untuk diikat jamin sebanyak RM15,000. Mahkamah telah menetapkan 4 Jun hadapan untuk sebutan semula bagi kes berkenaan.

Peguam mereka, Haresh Mahadevan telah menjelaskan bahawa kedua-dua anak guamnya itu hadir atas tuduhan melanggar SOP dan tidak ada kena mengena dengan isu rentas negeri atau sebagainya.

Sumber : Berita Harian

SKIP THIS AD ×