
Pelawak dan usahawan, Ajak Shiro mengingatkan pelanggan yang mengunjungi mana-mana cawangan restoran Bumbu Babah miliknya supaya membuat pembayaran terus ke akaun rasmi syarikat, bukannya akaun peribadi.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Rasa Baru Semalam Nada Belajar Berjalan, Sekarang Kena Belajar Menerima’ – Ajak Shiro
Artikel Berkaitan: Ajak Hadiahkan ‘Perfume’ Sempena Hari Jadi Shahrol Shiro, Netizen Doa Semoga Persahabatan Kekal
Bayaran ke akaun peribadi
Menerusi hantaran di Threads, Ajak berkata, peringatan itu dibuat selepas dia menerima aduan daripada beberapa pelanggan yang mendakwa diminta membuat pembayaran ke akaun individu.
Saya nak minta tolong sikit, jika ada yang datang makan ke mana-mana cawangan Bumbu Babah, sewaktu bayar pastikan anda bayar kepada akaun syarikat, bukan akaun peribadi.
Ada beberapa pelanggan yang mengadu, kata kenapa perlu bayar ke dalam akaun peribadi.
Apabila diperiksa rupanya ada orang (pekerja) yang tak jujur, dia buat simpanan hari tua guna akaun sendiri agaknya.
Dalam pada itu, Ajak mengakui dia sengaja tidak memasang kamera litar tertutup (CCTV) di premis perniagaannya kerana mahu memberikan kepercayaan kepada semua pekerja.
Bagaimanapun, susulan kejadian tersebut, dia mula mempertimbangkan sama ada langkah itu perlu diambil bagi mengelakkan perkara sama berulang.
Tak ramai, tetapi ada. Saya tidak mahu pasang CCTV sebab mahu staf rasa dipercayai, atau saya perlu pasang CCTV?.
Sumber: Threads