berita

Pekerja Bistro Ditahan Polis, Dipercayai Rogol Teman Wanita ‘Lembam’

April 27th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Seorang pekerja bistro telah ditahan oleh pihak polis selepas disyaki merogol teman wanitanya yang juga mempunyai masalah lembam.

Atas dasar suka sama suka

Sekadar gambar hiasan

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Padawan, Deputi Superintendan Lim Jaw Shyong, lelaki berusia 20 tahun berkenaan telah ditahan pada 24 April lalu di sebuah kafe di Siburan pada kira-kira jam 4.30 petang. Sepupu mangsa telah membuat laporan polis dan susulan penahanan ke atas suspek telah dilakukan pada 23 April.

Namun, suspek dikatakan mengaku melakukan seks bersama teman wanitanya yang dikenali lebih setahun lalu  atas dasar suka sama suka dan pada hari kejadian tersebut merupakan kali pertama mereka melakukannya.

Suspek sudah lama mengenali mangsa iaitu sejak dari sekolah menengah dan mengaku mangsa adalah teman wanitanya.

Berada di dalam bilik tanpa berpakaian

Sekadar gambar hiasan

Kejadian berlaku semasa suspek pergi ke rumah mangsa yang bersebelahan dengan rumah sepupu mangsa di Batu 19 Jalan Kuching-Serian pada jam 9 malam, 22 April lalu. Walau bagaimanapun, pasangan kekasih berkenaan dikatakan berada di dalam bilik tanpa berpakaian ketika tiada orang di rumah dan telah disedari oleh sepupu mangsa.

Katanya lagi, mangsa tidak memiliki sebarang kad orang kurang upaya (OKU) dan emaknya mengatakan bahawa mangsa memang tidak mampu untuk berdikari serta tidak dapat kerja sehingga ke hari ini. Kini, suspek telah ditahan dan direman di lokap Balai Polis Siburan sehingga 30 April bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Sumber : Berita Harian

SKIP THIS AD ×